
Kapal KD Kelantan yang ditauliahkan itu adalah kapal ketiga yang berjaya dibina sepenuhnya oleh pihak limbungan tempatan selepas KD Perak dan KD Terengganu.
Katanya bagi tujuan itu, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan rancangan pembinaan enam buah kapal peronda (PV) generasi kedua serta empat buah kapal latihan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
"Pembinaan aset canggih itu dilihat perlu bagi menggantikan tujuh peratus aset TLDM yang sudah usang dan dibimbangi akan memberi kesan terhadap operasi keseluruhan angkatan laut negara," katanya kepada pemberita selepas upacara pentauliahan KD Kelantan di Pangkalan TLDM di Lumut semalam.

Katanya sasaran TLDM adalah untuk mempunyai sekurang-kurang 18 buah kapal perang bagi melengkapkan tahap kesiagaan pasukan itu bagi mengawasi perairan negara.
Dengan pembinaan enam lagi menerusi perancangan RMK-10, bakinya diharap akan dapat dilaksanakan pula pada RMK-11, katanya.
"Penyertaan aset-aset ini sesungguhnya bakal memantapkan lagi keupayaan tempur armada TLDM dalam merealisasikan hasrat utama rakyat dan kerajaan Malaysia terhadap kewujudan TLDM dalam mempertahankan integriti perairan negara," katanya.
Hadir sama pada upacara itu ialah Panglima Armada Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badarudin dan Pengarah Urusan Boustead Heavy Industries Corporation Bhd Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor.
No comments:
Post a Comment