
Katanya selain demonstrasi memasak kueh lok-lik atau bepang yang menjadi makanan tradisi rakyat Terengganu, laksa Terengganu dan emping yang semakin jarang ditemui kini boleh didapati di karnival itu nanti.
Selain itu pelbagai aktiviti seperti persembahan rodat dan wayang kulit, silat gayong dan pertandingan wau juga akan diadakan bagi memeriahkan program dua hari itu, selain pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan Komuniti Bestari.
Ahmad berkata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said akan merasmikan majlis itu pada petang Sabtu.
No comments:
Post a Comment