Monday, June 7, 2010

Bacaan Yasin & Tahlil Majlis AIDS Malaysia esok

Majlis Aids Malaysia akan menganjurkan majlis bacaan yasin dan tahlil di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu, esok.

Pengurus Jabatan Komunikasi dan Medianya, Shabana Palpanaban berkata, majlis bertema Sinar Harapan Untuk Hak Kemanusiaan itu diadakan sempena sambutan Hari Memperingati Aids Sedunia 2010.
Katanya, satu pameran mengenai HIV/AIDS juga akan diadakan di ruang legar masjid berkenaan.
''Majlis bermula pukul 5 petang dan berakhir kira-kira pukul 10 malam.

''Ia akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar," katanya di Kuala Terengganu semalam.

Beliau memberitahu, pihaknya mengadakan majlis itu bagi mewujudkan dan meningkat kesedaran mengenai penyakit berbahaya tersebut.

Katanya, ini kerana sebanyak 87,710 orang di negara ini telah dijangkiti HIV sehingga 2009 dan 13,394 kematian dilaporkan berkaitan AIDS.

Beliau berkata, lelaki merupakan jumlah paling ramai dijangkiti HIV dengan 92 peratus kes manakala wanita dan gadis kurang daripada 10 peratus kes.
''Sebanyak 35.9 peratus kes jangkitan berlaku di kalangan golongan muda antara umur 13 hingga 29 tahun," katanya.

Justeru, katanya, majlis itu diharap dapat membantu meningkatkan kesedaran penduduk di negeri ini.


No comments:

Post a Comment