Katanya program berkenaan menawarkan jam kredit kepada anggota Sispa dan pangkat Leftenan (sukarelawan) setelah mengikutinya selama empat semester.
"Tiga IPTA iaitu Universiti Teknologi Mara

"Saya meminta JPAM di setiap negeri mencadangkan program ini kepada semua IPTA di kawasan masing-masing agar ia dapat diperluaskan," kata Ketua pengarahnya Datuk Abdul Halim Abdul Hamid.
Menurutnya inisiatif itu untuk menjadikan Sispa setanding dengan program-program badan beruniform lain di IPTA seperti Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) dan Kursus Pegawai Kehormat Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Kor Suksis).
Sementara itu JPAM mensasarkan pengambilan sekurang-kurangnya 100,000 anggota

Beliau berkata pada masa ini dianggarkan 80,000 anggota sukarelawan JPAM di seluruh negara.
"Kita perlukan lebih ramai anggota sukarelawan bagi menjalankan tugas dengan lebih cekap dan berkesan," katanya selepas perhimpunan bulanan JPAM Negeri Sembilan di Seremban hari ini.
Turut hadir ialah pengarah JPAM Negeri, Mat Zin Bujang.
Sementara itu, Abdul Halim berkata masih terdapat ruang untuk penambah baikan berhubung pembabitan anggota sukarelawan di kalangan pekerja sektor swasta.
Beliau berkata majikan terutamanya yang terbabit dalam operasi pengilangan disaran mengambil inisiatif menubuhkan pasukan tindak balas kecemasan pertahanan awam di premis masing-masing.
"Sebahagian syarikat swasta mungkin kurang berminat melaksanakan inisiatif berkenaan kerana ia melibatkan kos dan perlu menghantar pekerja mengikuti latihan. Kita tidak boleh paksa pihak majikan menubuhkannya, namun, sekiranya mereka berminat, JPAM sentiasa bersedia membantu," katanya.
No comments:
Post a Comment