Monday, June 14, 2010

Bekalan ayam dijamin cukup

Persatuan Penternak Negeri Terengganu (PPNT) memberi jaminan bekalan ayam bagi keperluan Hari Raya Puasa, di negeri ini mencukupi.

Setiausahanya, Ibrahim Abdul Rahman berkata, penternak di seluruh negeri telah membuat persiapan awal dengan membela anak ayam yang dijangka dapat dipasarkan awal September ini.


''Bekalan ayam untuk kegunaan pada sambutan hari raya nanti tidak ada masalah di Terengganu kerana penternak telah mula membuat persiapan," katanya.

Beliau berkata jika bekalan tempatan tidak mencukupi, peniaga akan mendapatkan ayam dari luar Terengganu.

Ibrahim juga berkata, kerajaan perlu meneruskan pemberian insentif seperti tahun lalu yang menyaksikan peruntukan sebanyak RM180 juta kepada penternak berikutan kenaikan harga makanan ayam.

Katanya, harga anak ayam yang tidak menentu juga membimbangkan sebahagian penternak kecil.

No comments:

Post a Comment