Friday, June 4, 2010

Beli Gula Dalam Kuantiti Banyak Perlu Dapat Kebenaran

Orang ramai yang menggunakan gula dalam kuantiti yang banyak seperti pengusaha kantin dan restoran perlu mendapatkan surat kebenaran daripada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, (PPDNKK) untuk mendapatkan bekalan bahan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Dr A Rahman Mokhtar berkata langkah itu diambil bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengaut keuntungan segera.

"Pengguna yang memerlukan bekalan untuk berniaga atau persediaan kenduri kahwin umpamanya, boleh mendapatkan surat kebenaran daripada cawangan PPDNKK di Besut, Dungun, Kemaman dan Kuala Terengganu.

"Bekalan gula di negeri ini dijamin mencukupi. Bekalan untuk setiap daerah juga ditambah bagi menampung keperluan pengguna terutama menjelang cuti sekolah ini," katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Penduduk di Kampung Alor Teratai, Kuala Besut semalam.
Beliau berkata orang ramai perlu bekerjasama dengan melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengetahui kegiatan menyorok gula atau jika ada pihak yang menaikkan harga bahan itu.

No comments:

Post a Comment