Monday, May 31, 2010

800 komputer riba untuk guru

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menyerahkan komputer riba kepada guru-guru tahun enam di Kuala Terengganu, semalam.
Beliau berkata Terengganu membelanjakan hampir RM1.3 juta untuk menyediakan 800 buah komputer kepada guru-guru itu penghargaan dan pengiktirafan buat mereka.

"Komputer riba ini adalah cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerajaan negeri atas komitmen memastikan negeri Terengganu terus terbilang dalam penddikan," katanya semasa berucap pada majlis itu.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Datuk Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abd Rahman.

Ahmad Said berkata Terengganu memperkenalkan penggunaan komputer riba atau "e-Book" yang pertama di Malaysia buat murid sekolah rendah bagi menggantikan buku teks sebagai alternatif bagi mengatasi masalah beg sekolah berat.
Mulai hari ini dan esok, Menteri Besar menghadiri empat majlis penyerahan e-Book kepada pelajar sekolah di Daerah Marang dan Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment