Muhyiddin dan Mohd Ali mengucapkan ntahniah kepada pasukan Terengganu selepas mengalahkan Selangor 1-0 semalam.
(Kemaskini) Kejayaan pasukan hitam putih Pantai Timur – Terengganu – menang bergaya 1-0 ke atas Selangor pada Sukma XIII di Melaka malam semalam selain menyumbang pingat ke 47 untuk Terengganu amat manis kerana ia memenuhi harapan tingggi yang diletakkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Ahmad Said berlepas ke Melaka pagi ini untuk bersama-sama kontijen Terengganu adalah antara yang paling gembira kerana Stadium Hang Tuah mencatat sejarah tersendiri apabila inilah hatrik Terengganu dalam acara ini.
Pingat ini amat penting untuk Terengganu kerana ia akan turut menentukan kejayaan Terengganu untuk menjadi johan keseluruhan seperti yang dilakukan pada 2008 di Sukma XII di Kuala Terengganu.
Pingat emas ini penting kerana Wilayah Persekutuan sedang mengekori dekat dengan 43 emas pada ketika enam emas lagi ditawarkan hari ini – hari terakhir kejohanan.
Terengganu mencipta kemenangan melalui gol emas Rosli Muda pada minit ke 23 babak pertama.
Kekalahan buat Selangor pula meneruskan badi igauan buruk untuk mengukir pingat emas selepas 12 tahun kempunan menggengamnya apabila kali terakhir memenanginya pada 1998 di tempat sendiri.
Gol kemenangan Terengganu hadir pada minit ke-23 apabila Rosli yang dijaga oleh benteng pertahanan Selangor bijak melepaskan rembatang jarak jauh dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Merah Kuning, Mohd. Fairul Azwan.
Aksi bermula dengan kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati dengan bola sering kali berlegar di tengah padang tanpa ada aksi mencemaskan sepanjang 10 minit babak berlangsung.
Pada minit ke-13 Hassan Basri meledakkan sepakan kencang namun penjaga gol Merah Kuning, Mohd. Fairul Azwan Shahrullai tangkas menangkap kemas.
Empat minit selepas itu, giliran Selangor mencemaskan benteng Terengganu apabila M. Anbalagan yang mendapat hantaran jauh membuat larian ke sebelah kiri sambil dibayangi pertahanan lawan namun dia sempat melepaskan rembatan tetapi diselamatkan oleh penjaga gol, Md. Sharmiza Yusoff.
Pada babak kedua Selangor banyak menguasai babak saingan apabila pada minit ke-70 Mohd. Azrif nasrulhaq badrul Hisham hampa apbila percubaannya diselamatkan penjaga gol lawan.
Peluang hadir lagi tiga minit selepas itu namun ketua pasukan Merah Kuning, Mohd. Fitri Shazwan lewat melakukan sepakan walaupun berdepan dengan Md. Sharmiza. Usaha Selangor hingga ke minit-minit terakhir untuk mencari gol penyamaan tidak menjadi kenyataan.
Jurulatih Terengganu Khalid Mohd Dahan berkata beliau berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang bersemangat menjamin kemenangan ketiga berturut-turut.
Ketika Terengganu memenangi emas, Selangor gangsa, Kedah menewaskan Wilayah Persekutuan dengan 3-0 pada sebelah petang untuk pingat gangsa.
Lebih manis kemenangan itu turut disaksikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin. Muhyiddin turut menyampaikan kalungan pingat kepada pemenang.
Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sejurus pengadil Mohd. Yusof Karim meniup wisel penamat, seluruh pemain Terengganu berpelukan sesama sendiri meraikan kejayaan memenangi pingat emas ketiga berturut-turut dalam acara bola sepak Sukma.
Muhyiddin diperkenalkan kepada pemain Terengganu sebelum perlawanan.
No comments:
Post a Comment