Monday, June 7, 2010

FAM gantung Abdul Manaf, Peteh kesal

Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh) berasa kesal dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menggantung penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat sebanyak sepuluh perlawanan.

Setiausaha Peteh, Wan Azmi Wan Ngah berkata, tindakan FAM agak melampau berikutan mengenakan tindakan yang tidak setimpal di atas kesalahan yang dilakukan.

“Kami berpendapat, FAM sepatutnya hanya me-ngenakan tindakan yang dirasakan wajar dan setimpal di atas kesalahan itu dan bukannya dengan menggantung sepuluh perlawanan serta denda RM6,500,” katanya kelmarin.


Sinar Harian memetik Wan Azmi sebagai berkata, tindakan yang dikenakan FAM umpama membunuh kerjaya pemain bola profesional negeri.

“Tindakan itu akan merugikan pihak persatuan negeri dan pemain sendiri apabila pemain muda berpotensi tidak layak beraksi sehingga menjejaskan kehadiran penonton ke stadium,” katanya.

Katanya, sepatutnya FAM memberi peluang kepada pemain membuat ra-yuan dan memohon maaf tidak mengulangi perbuatan seumpama itu lagi.

“FAM perlu mengkaji punca sebenar kesalahan yang dilakukan pemain tersebut dengan me-ngambil kira kesalahan pengadil yang mengadili perlawanan selain perlu membuka ruang kepada pemain untuk membuat rayuan,” katanya.

Menurutnya, Abdul Manaf digantung sepuluh perlawanan dan denda RM6,500 di atas kesalahan mengeluarkan kata kesat dan meludah pengadil.

“Tindakkan FAM dianggap tidak profesional kerana pemain yang pernah berkhidmat kepada pasukan negara dikenakan tindakan tidak wajar apatah lagi FAM lewat memaklumkan hukuman tersebut.

Wan Azmi berkata, pihak persatuan bola sepak negeri perlu melakukan sesuatu supaya pemain itu dapat beraksi semula bagi membantu pasukan negeri.

No comments:

Post a Comment