Friday, June 11, 2010

Felcra Akan Ternak Lebih 24,000 Ekor Lembu

Felcra merancang menternak kira-kira 24,000 ekor lembu di Terengganu dalam masa terdekat bagi meningkatkan sumber pendapatan Felcra dan peserta di negeri ini.

Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Timur Mohd Sebri Said berkata Felcra Bukit Kepah di Hulu Terengganu dan di Felcra Kruak, Besut telah dipilih untuk pelaksanaan projek itu.

"Ini merupakan projek ternakan lembu yang pertama Felcra di Terengganu dan di setiap kawasan Felcra yang terlibat, kita akan menternak 12,000 ekor lembu," katanya baru-baru ini.
Mohd Sebri berkata lembu-lembu dari jenis Plasma itu akan diimport dari Thailand dan Felcra akan membelanjakan RM480,000 untuk membina kandang lembu di dua rancangan itu.
Beliau berkata selain daging lembu, Felcra juga mensasarkan untuk memperoleh hasil daripada susu, kulit, dan najis lembu.

Mohd Sebri berkata Felcra juga akan membangunkan kawasan seluas 2,000 hektar di beberapa daerah di negeri ini untuk tanaman sawit membabitkan peruntukan RM30 juta.

Beliau berkata ia akan dibangunkan secara berperingkat iaitu 635 hektar di Kemaman, Hulu Terengganu (400 hektar), Marang (300 hektar) manakala selebihnya di daerah lain.

Kawasan kelapa sawit Felcra yang sedia ada di Terengganu pada masa kini ialah 28,000 hektar dengan jumlah peserta seramai 5,500 orang.

No comments:

Post a Comment