Jabatan kebudayaan dan Kesenian Negara negeri Terengganu akan menganjurkan Festival Budaya Pantai Timur selama tiga hari mulai 24 Sept ini di Taman Budaya di sini.
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri Terengganu Ramli Salleh berkata tujuh lokasi menarik di Taman Budaya itu disediakan sebagai tapak untuk pelbagai persembahan kebudayaan yang bakal diadakan pada festival itu.
"Sepanjang festival yang membabitkan tiga negeri iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu itu berlangsung, orang ramai akan dapat menikmati persembahan seni budaya pelbagai kaum dari ketiga-tiga negeri itu," katanya semalam.
Ramli berkata antara persembahan yang akan diadakan ialah kesenian, demonstrasi, wayang pacak, pertandingan sukan rakyat, sukan air.
Beliau berkata ketiga-tiga menteri besar negeri terbabit akan dijemput termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Festival itu dijadual dirasmikan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
"Kita jangka dapat menarik lebih 30,000 pengunjung sepanjang festival itu berlangsung," katanya.
No comments:
Post a Comment