Perbicaraan kes ugutan jenayah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sepatutnya bersambung Isnin lalu (31 Mei 2010) namun terpaksa ditangguhkan berikutan tertuduh, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir mendapat cuti sakit kerana menjalani pembedahan tonsil.
Ahmad Ramzi, setiausaha politik bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh itu dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, setelah menjalani pembedahan itu pada 29 Mei dan diberi cuti sakit sehingga 13 Jun ini.
Mahkamah Sesyen menetapkan tarikh baru 9 dan 10 Ogos ini untuk perbicaraan kes berkenaan, dan ia juga akan disambung semula pada 21 hingga 23 September dan 26 hingga 28 Oktober.
Ahmad Ramzi didakwa atas empat tuduhan menghantar ugutan jenayah menerusi SMS kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) negeri Terengganu.

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Ramzi didakwa mengancam mendatangkan kematian ke atas ADUN Paka, Mohd Ariffin Abdullah pada pukul 11.21 malam, 13 April tahun lalu di E726 Kampung Kubang Parit.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang sama ke atas dua lagi Adun, Abd Halim Jusoh (Adun Permaisuri) dan Datuk Rosol Wahid (Adun Ajil) antara pukul 11.21 dan 11.25 malam di tempat dan tarikh yang sama.
Dia turut didakwa atas tuduhan pilihan, menggunakan perkhidmatan internet bagi menghantar SMS berbunyi: "Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?" kepada tiga Adun tersebut.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun.
Ahmad Ramzi turut dituduh memfitnah Wan Ahamad Wan Muda, bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang kini memegang jawatan Timbalan Setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan itu menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.
Pihak pendakwa dijangka memanggil seramai 22 saksi untuk memberi keterangan, dan setakat ini tujuh saksi sudah dipanggil memberi keterangan di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Shahidani Abd Aziz manakala Ahmad Ramzi diwakili tiga peguam yang teridiri daripada Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abd Rahman.
No comments:
Post a Comment