Pemasangan tiang kapal layar Warisan Duyong GM 1 sempena program pembinaan kapal layar tradisional Terengganu kerjasama antara GiatMara dengan Custom Made Wooden Yachts di Pulau Duyung, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
GiatMara Sdn Bhd (GiatMara) akan mengkomersilkan kapal layar tradisional Terengganu ke peringkat antarabangsa tidak lama lagi.
Pengerusinya, Datuk Shairuddin Ab Moin berkata pihaknya kini sudah menerima beberapa tawaran dari luar negara untuk membina kapal layar tradisional Terengganu pada harga kira-kira RM3.5 juta sebuah.
GiatMara kini sedang membina sebuah kapal layar tradisional Terengganu berukuran 60 kaki panjang, 16 kaki lebar dan 10 kaki tinggi, yang dijangka akan dilancarkan bulan depan.
Kapal layar yang berharga RM4 juta itu sedang di bina dengan kerjasama Custom Made Wooden Yachts, katanya. Beliau enggan mendedahkan kos pembinaan kapal layar itu.
"Kita juga sedang melatih seramai mungkin belia dalam bidang pembuatan kapal layar tradisional Terengganu di Pulau Duyong," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan kerja-kerja mendirikan tiang layar Warisan Duyong GM1, di Jeti Marine Systems Engineering (Terengganu) Sdn Bhd (MSET) Pulau Duyong baru-baru ini.
Turut hadir ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Nasir Ibrahim Fikri.
Di dalam hubungan ini, katanya GiatMara juga sedang mencari golongan yang tercicir dalam bidang pendidikan, terutamanya anak-anak Terengganu untuk mengikuti kursus membina kapal layar di Pulau Duyong.
Beliau berkata langkah itu sekaligus dapat menjayakan hasrat kerajaan mengeluarkan masyarakat daripada lingkaran kemiskinan.
Shairuddin berkata GiatMara juga akan mengadakan kerjasama melalui program perkongsian bijak dengan MEST, sebuah syarikat pembinaan kapal di Terengganu untuk melatih ramai pelatih dalam bidang kapal layar, aluminium dan gentian kaca untuk membuat perahu.
MSET memerlukan tenaga mahir sekurang-kurangnya 2,000 orang dalam tempoh 10 tahun akan datang, katanya.

No comments:
Post a Comment