Thursday, June 10, 2010

JPV Terengganu CadGuna Teknologi Penternakan Kambing New Zealand

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu akan mengunakan teknologi penternakan kambing di New Zealand pada kalangan penternak di negeri itu bagi mengurangkan kos pengeluaran.

Pengarah JPV negeri Dr Azizol Mohd Sharun berkata antara langkah yang akan diambil ialah menggantikan pelet dengan rumput sebagai makanan ternakan.

"JPV akan bantu mereka mengaplikasikan teknologi itu," katanya kepada pemberita, di sini pada Rabu.

Beliau berkata langkah itu diharap dapat meningkatkan keuntungan yang diperolehi penternak kambing Terengganu memandangkan pada masa ini pendapatan mereka bagi setiap kilo daging hanya sekitar RM3.

Harga di ladang kira-kira RM14 sekilogram sedangkan kos pengeluaran bagi setiap kilo adalah sekitar RM11. JPV berharap penggunaan teknologi New Zealand ini akan meningkatkan pendapatan mereka, katanya.

Mengulas isu berkaitan Dr Azizol berkata populasi kambing di Terengganu telah meningkat sebanyak 71 peratus daripada 22,060 pada 2006 kepada 73,729 ekor tahun lepas.

Setakat ini kerajaan negeri telah membelanjakan RM31.6 juta daripada RM50 juta yang diperuntukkan untuk projek penternakan kambing negeri, katanya.

No comments:

Post a Comment