Thursday, June 17, 2010

Mampukah Terengganu Ulangi Kejayaan Sukma 2008?

Terengganu kalahkan Wilayah Persekutuan dalam acara bolasepak untuk ke final.
Mampukah Terengganu mengulangi kegemilangannya pada 2008 apabila menjadi johan Sukma XII di Kuala Terengganu?

Harapan semakin menuju kenyataan apabila semalam Terengganu melonjak daripada tempat kelima kelmarin ke tempat kedua semalam.

Terengganu semakin menghampiri Wilayah Persekutuan apabila pada petang semalam ia menduduki tangga kedua dengan menutip 34 pingat emas berbanding 37 oleh Wilayah Persekutuan.

Dengan 68 pingat emas di pertandingkan hari ini, Terengganu tetap berpeluang untuk mengejar Wilayah Persekutuan.

Acara menarik hari ini ialah kanu, perahu layar, olahraga, basikal, judo serta silambam.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek berpuashati dengan prestasi atlet muda apabila berjaya rekod baru kejohanan dan rekod kebangsaan pada Sukan Malaysia (Sukma) XIII Melaka 2010 yang akan menutup tirai Sabtu ini.

Menurut beliau, pencapaian itu dapat dilihat berdasarkan 31 rekod kejohanan berjaya dicatatkan dan tiga lagi rekod kebangsaan dicipta setakat sehingga semalam. ``Saya puas hati kerana ramai atlet muda berjaya memperbaiki rekod kejohanan dan begitu juga dengan rekod kebangsaan.

"
Ini membuktikan banyak program yang dilakukan di setiap negeri menepati kehendak bagi melahirkan ramai jaguh-jaguh muda untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Perkampungan atlet Sukma di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu semalam.

Di samping itu katanya, temasya Sukma kali ini yang mempertandingkan 33 jenis sukan telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam beberapa sukan yang sukar untuk diketengahkan ke peringkat dunia. ``Ini terbukti dalam banyak acara yang dulunya kita susah nak mencari wakil negara seperti menembak dan memanah.

"Tetapi sepanjang Sukma berlangsung saya lihat banyak atlet baru dalam kedua-dua sukan itu menonjolkan diri," katanya.
Ahmad Shaberry berkata, beliau menjangkakan lebih ramai atlet di Sukma boleh diserapkan ke skuad pelapis remaja kebangsaan. Beliau turut melahirkan rasa lega kerana setiap negeri membuat persiapan cukup rapi dan berjaya menonjolkan atlet-atlet muda untuk mewakili negara pada masa akan datang.


Di samping itu, beliau turut melahirkan rasa puas hati dengan perjalanan Sukma yang setakat ini berjalan dengan sempurna.

No comments:

Post a Comment