Lebih 1,000 orang hadir pada Perhimpunan 'Melayu Bangkit' anjuran Gerakan Tindakan Rakyat (GERTAK) bermula kira-kira jam 10 pagi ini di Stadium Negeri Kuala Terengganu.
Seperti dirancang, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir pada perhimpunan itu. Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Antara 45 NGO yang hadir yang bergabung dengan Gertak ialah Sahabat Laut Malaysia, Pekida, Pewaris, dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu.

Dr Mahathir berkata walaupun ada yang menyifatkan tindakan GERTAk mengadakan perhimpunan pada 13 Mei sebagai rasis, peristiwa yang menyebabkan pertumpahan darah itu tidak harus dilupakan.
Dr Mahathir berpendapat, tindakan melupakan sejarah akan menyebabkan kita akan mengulangi kesalahan berkali-kali.
Bekas Perdana Menteri menegaskan, tarikh itu dipilih secara kebetulan dan tanpa maksud tersembunyi.
“Rakyat perlu diingatkan mengenai peristiwa tersebut "jika kita ingin belajar daripadanya,”katanya,
Mengenai pembatalan perhimpunan yang dirancang pada 13 Mei lalu, Dr Mahathir berkata pembatalan perhimpunan itu adalah disebabkan oleh fikiran singkat sesetengah pihak yang bimbang perhimpunan orang Melayu itu diadakan pada tarikh berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

No comments:
Post a Comment