Monday, June 14, 2010

Terengganu Dijangka Kalahkan Sabah pada Suku Akhir

Pemain Terangganu Mohd Hassan Basri Ahmad Ridzuan (kiri) ketika bertemu Kelantan, Isnin lalu.

Lupakan sekejab bolasepak Piala Dunia.

Kita ke Sukma di Melaka di mana juara bertahan Terengganu akan berdepan Sabah pada peringkat suku akhir yang dikatakan akan banyak memihak kepada skuad Penyu.


Namun, kehangat sebenar ialah pertemuan Selangor dan Kelantan di Stadium Hang Tuah hari ini.

Terengganu yang dibarisi separuh pemain Liga Super daripada pasukan T-Team dan Terengganu berusaha untuk menjadi juara Sukma tiga kali berturut-turut dan dijangka mudah untu mengalahkan Sabah yang diwakili pemain kurang pengalaman petang ini.

Bagaimanapun penyerang Terengganu, Joseph Kallang Tie berkata pihaknya tidak pernah memperkecilkan kemampuan Sabah.

Ïni adalah peringkat kalah mati dan pasukan yang bermain cemerlang hari ini akan melangkah seterusnya, kata anak kelahiran Sarawak yang kini bermain untuk pasukan Liga Premier Terengganu.

Permainan di Stadium Hang Tuah malam ini antara Selangor dan Kelantan dijangka hangat dan persaingan hebat.

Selangor yang dilatih P Maniam cuba merampas juara yang dikecapi mereka pada 1998 apabila Sukma diadakan di Selangor ketika itu. Kelantan yang pada peringkat kumpulan tewas kepada Terengganu boleh menghancurkan impian Selangor.
'
Sementara anak buah Zahasmi Ismail yang berjaya menggembalikan kemenangan ke atas Penang 1-0 berharap dapat melupakan sengsara kerana dibelasah Terengganu 4-0.

Perlawanan suku akhir lain ialah Negeri Sembilan lawan Kedah dan Kuala Lumpur menentang Pahang.

Suku akhir hari ini:
K. Lumpur vs Pahang (Tun Fatimah Stadium – 4ptg); N. Sembilan vs Kedah (SM Seri Kota – 4ptg); Terengganu vs Sabah (Hang Tuah Stadium – 4ptg), Selangor vs Kelantan (Hang Tuah Stadium – 8.45 mlm).


No comments:

Post a Comment