Wednesday, June 9, 2010

Pantai Geliga diwarta santuari penyu

Jabatan Perikanan Terengganu akan meminta kerajaan negeri mewartakan Pantai Geliga di Kemaman sebagai kawasan santuari penyu di negeri ini.

Pengarahnya, Zakaria Ismail berkata, permintaan itu dibuat kerana kawasan Geliga merupakan kawasan yang mencatat jumlah pendaratan penyu yang tinggi di Terengganu pada masa kini.

"Sebelum ini kita telah mewartakan dua kawasan sebagai santuari penyu," katanya semalam.
Mengenai pendaratan penyu di Terengganu tahun ini, beliau berkata, sehingga Mei lepas, sebanyak 21,480 biji telur penyu telah dikutip dan diramkan dan daripada jumlah itu, sebanyak 3,028 biji berjaya ditetaskan.

Kesemua anak penyu yang ditetaskan itu dilepaskan ke laut, katanya.

Sementara itu, Zakaria berkata, lebih 10,000 pelawat dijangka melawat Pusat Penerangan Penyu di Rantau Abang tahun ini.

Pada tahun lepas, seramai 9,979 pelancong melawat pusat penerangan itu iaitu 8,959 pelawat tempatan dan 1,020 pelawat luar negara.

No comments:

Post a Comment