Pada perjanjian itu JPV diwakili Ketua Seksyen Pedaging Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dr Muhammad Safaruddin Md Dawon, Mardi diwakili Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Teknologi dan Pengkomersilan, TADC diwakili Pengurus Besarnya Mohd Rosli Harun manakala ECERDC diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Jebasingam Issace John.
Ia diadakan di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu semalam dan disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Menteri Besar berkata, pembinaan pusat pembiakan dan inovasi kambing Hulu Tersat bermula Ogos ini dan ia dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang.
Katanya, menjelang tahun 2015 kerajaan mensasarkan untuk menghasilkan 35 buah ladang kambing yang boleh mengeluarkan lebih 36,000 ekor kambing.
"Kita juga berharap apabila projek itu berjalan nanti, dapat mengeluarkan 216 tan daging kambing setahun dengan menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar daging kambing di negara ini menjelang 2015," katanya pada sidang media selepas upacara itu.
Ahmad Said berkata projek ternakan kambing di Telaga Papan itu melibatkan 100 peserta yang terdiri daripada petani dan nelayan miskin dengan pendapatan sebanyak RM1,000 sebulan.
"ECERCD akan menyediakan kemudahan tempat tinggal kepada peserta. Apabila ladang berkenaan mengeluarkan hasil dalam tempoh tiga tahun, pendapatan mereka akan meningkat kepada sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.

Sementara itu, Jebasingam berkata objektif utama program itu ialah untuk mewujudkan pengeluaran kambing secara sistematik serta mampan dari segi ekonomi dan juga untuk membantu meningkatkan pendapatan penternak.
"Menerusi kerjasama ini, satu industri pembangunan komersil kambing di ECER akan dipercepatkan menerusi satu pendekatan berintegrasi yang merangkumi aktiviti huluan dan hiliran, dan juga sebagai pelengkap industri halal berasaskan makanan di wilayah itu," kata Jebasingam.
"Pada masa yang sama, projek ini juga akan memainkan peranan utama dalam pembangunan modal insan bagi para peladang ternak dan mereka yang mempunyai kepentingan dalam industri dalam ECER," kata beliau dalam satu kenyataan hari Isnin.
Di bawah perjanjian itu ECERDC akan menyediakan infrastruktur yang diperlukan bagi Pembiakan Kambing Kuala Berang dan Pusat Inovasi di Ulu Tersat sementara Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan menyediakan kepakaran veterinari dan MARDI akan menjalankan dan melaksanakan kesemua aktiviti pembiakan dan penyelidikan pembangunan.
Jebasingam berkata di bawah perjanjian itu, TADC akan mengendalikan ladang itu secara komersil di Pembiakan Kambing Kuala Berang dan Pusat Inovasi.
"Pembinaan pusat itu dijadualkan bermula pada Ogos tahun ini, dan dijangka siap menjelang 2012," kata beliau.
"Kami menetapkan sasaran pengeluaran 12,620 kambing Boer dalam tempoh lima tahun, dan sebagai permulaan, ECERDC akan menyediakan 530 kambing pembiak baka asli kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang akan menyerahkan baka-baka itu kepada TADC bagi tujuan pembiakan dan 1,590 kambing lagi bagi ladang komersil itu," katanya.
Jebasingam berkata Projek Penternakan Kambing ECER itu telah dikenal pasti sebagai salah satu inisiatif di bawah Pelan Induk ECER untuk membangunkan industri pengeluaran kambing yang efisen, saksama dan berterusan di wilayah itu.
"Projek ini telah pun menarik beberapa pelabur asing yang berminat untuk memenuhi keperluan jaminan makanan negara masing-masing.
Sub-kluster kambing ECER juga dberkait rapat dengan industri halal wilayah itu, kerana ia menyediakan input bagi hab-hab halal dalam ECER," kata beliau.
Jebasingam optimis bahawa dalam tempoh lima tahun, ECERDC akan membangunkan 35 ladang dengan gabungan jumlah kambing sebanyak 36,000 ekor yang akan menghasilkan 216 tan metrik daging kambing.
No comments:
Post a Comment