Monday, June 14, 2010

PTPTN, WPP - Hargai, Terima Kasih Kepada Kerajaan

Mohd. Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri (kanan) menyampaikan wang pendahuluan PTPTN sebanyak RM1,500 kepada salah seorang penerima pada majlis penyampaian yang diadakan di pejabat ahli Parlimen Kuala Nerus, semalam.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri mengingatkan pelajar agar menghargai dan berterima kasih dengan pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu pelajar yang berpeluang menyambung pelajaran di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Katanya, generasi pada masa kini amat bertuah kerana sering menerima bantuan kerajaan berbanding pada masa dahulu.

‘‘Jika dulu setiap kali anak-anak dapat tawaran ke universiti, pasti ibu bapa gelisah kerana terpaksa mencari wang malah ada yang menjual rumah dan tanah semata-mata untuk memenuhi impian anak menyambung pelajaran.

‘‘Namun kini semua itu tidak lagi berlaku kerana kerajaan tidak putus-putus memberi bantuan pengajian kepada mereka yang layak tidak kira fahaman politik,” katanya.
Beliau menyatakanm demikian pada Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) di Pejabat Ahli Parlimen Kuala Nerus semalam.

Seramai 4,021 orang pelajar layak menerima wang pendahuluan di seluruh negeri Terengganu dan daripada jumlah tersebut seramai 479 orang berasal daripada Parlimen Kuala Nerus.

Beliau menambah, majlis tersebut sengaja diadakan dengan lebih formal bagi memberi semangat kepada para pelajar yang berpeluang menyambung pelajaran agar belajar dengan lebih tekun selain menghargai setiap pengorbanan ibu bapa.

Dalam pada itu, kebanyakan ibu bapa yang ditemui melahirkan rasa syukur dan berterima kasih dengan kerjasama yang diberikan oleh PTPTN bagi membolehkan wang pendahuluan sebanyak RM1,500 diterima.

No comments:

Post a Comment