Monday, June 21, 2010

Terengganu galak latihan di luar negara, jurulatih impot

Pelumba basikal wanita, Fatehah antara yang berlatih di luar negara

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata untuk memastikan kecemerlangan Terengganu dalam bidang sukan, kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri akan terus melakukan latihan-latihan insentif untuk atlet termasuk latihan di luar negara dan menggunakan jurulatih import.

Beberapa sukan penting Terengganu seperti lumba basikal, menyaksikan Terengganu standing di peringkat antarabangsa kerana latihan di luar negara.


Ahmad Said juga berbangga kerana dalam sukan-sukan tertentu, seperti lumba basikal, kebanyakannya diwakili atlet-atlet kelahiran Terenggganu walaupun mewakili negeri.

Beberapa atlet Terengganu khususnya dalam lulba basikal antara yang berlatih di luar negara dan mencapai keputusan cemerlang dalam Sukma XIII.

No comments:

Post a Comment