Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata kejayaan ini juga membuktikan bahawa kemenangan di Terengganu dulu bukanlah sekadar jaguh kampung, kerana jelas kita juga mampu menghasilkan kejayaan dalam temasya SUKMA di gelanggang lain,” katanya.
Sempena meraikan kejayaan kontinjen Terengganu mempertahankan kejuaraan Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-13, yang berakhir di Melaka kelmarin, kerajaan negeri mengumumkan cuti umum pada Ahad ini.
Cuti umum itu sebagai penghargaan kerajaan negeri terhadap sokongan semua pihak, termasuk atlit, kontinjen serta seluruh rakyat terhadap pembangunan sukan negeri itu.
“Sebagai menghargai seluruh rakyat Terengganu yang sentiasa menyokong pembangunan sukan, kerajaan negeri menetapkan cuti umum pada 27 Jun ini,” katanya selepas menyambut kepulangan kontinjen SUKMA Terengganu di sempadan Terengganu–Pahang, dekat Kampung Cendor, Kemaman, petang semalam.
Pada majlis itu, Ahmad bersama kontinjen menyertai perarakan membawa bersama piala juara SUKMA mengelilingi bandar ini ke Taman Bandar Chukai, sejauh lebih lima kilometer, sebelum berakhir di Padang Astaka.
Lebih 5,000 penduduk turut menyertai acara sambutan yang membawa konvoi 482 atlit itu sambil bersorak gembira dengan jeritan ‘Terengganu Nelang’ oleh atlit, jurulatih dan pengurus pasukan dan disahut orang awam.

No comments:
Post a Comment