Saturday, June 19, 2010

Terengganu juara Sukma XIII, Selangor tempat kedua

(Terkini) Terengganu secara rasmi muncul juara keseluruhan buat kali kedua berturut-turut pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XIII Melaka 2010 selepas berakhirnya tiga acara hari ini.

Kali pertama Terengganu muncul juara keseluruhan Sukma ketika menjadi tuan rumah temasya yang berlangsung di tempat sendiri pada 2008.

Terengganu dinobatkan selaku juara selepas meraih 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa manakala Selangor muncul naib juara dengan meraih 43 emas, 43 perak dan 58 gangsa.
Wilayah Persekutuan pula jatuh daripada tempat kedua semalam apabila menduduki tempat ketiga apabila memperoleh 43 emas, 42 perak dan 49 gangsa.
Bagaimanapun Wilayah menepati sasarannya untuk tempat ketiga selepas menduduki tempat kelima pada Sukma Terengganu.
Sukma XIII akan ditutup secara rasmi sebentar lagi oleh Perdana Menteri, datuk Seri Mo9hd Najib Razak di Stadium Hang Tuah.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong yang ditemui Bernama di Kompleks Skuasy Hang Jebat berkata pertandingan skuasy pada SUKMA kali ini berjaya menonjolkan ramai bakat-bakat baru.

Para pemain telah mempamerkan mutu perlawanan yang baik d
an ada bakat-bakat ini boleh diketengahkan bagi mengikut jejak langkah Datuk Nicol David dan Ong Beng Hee, pemain skuasy negara yang dicungkil bakatnya melalui temasya SUKMA, katanya.

Mengulas penganjuran SUKMA, beliau berkata kerajaan negeri Melaka berjaya menganjurkan sukan ini dengan baik dan beliau berpuas hati dengan penganjuran kali ini.

"Memang timbul beberapa masalah tetapi masalah kecil sahaja. Sukan Olimpik pun ada masalah-masalah kecil sebegini, apapun penganjur dapat atasi masalah itu.

"Saya amat gembira dengan prestasi atlet kali ini kerana dapat memecah 14 rekod kebangsaan, 68 rekod SUKMA itu merupakan satu jumlah yang banyak," katanya.
Bagi Melaka, walapun tidak mendapat tempat pertama pada Sukma XIII seperti diidamkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, namun negeri itu mencapai hasratnya menjadikan Sukma kali ini sebagai acara ‘pelancongan sukan’.
Ini kerana seramai 556,422 pengunjung telah melawat Melaka Bandaraya Warisan Dunia (BWD) dalam tempoh 10 hingga 17 Jun ini meningkat 333,195 orang atau 149.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Jumlah ini melepasi sasaran kerajaan negeri yang mensasarkan 500,000 pengunjung membanjiri Melaka sepanjang temasya Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 yang berlangsung dari 10 hingga 19 Jun.

Statistik ini akan terus meningkat kerana ia tidak termasuk jumlah pengunjung semalam dan hari ini.

Menurut Bahagian Promosi dan Pelancongan (BPP) Jabatan Ketua Menteri, statistik ini berdasarkan pelancong yang menginap di 200 tempat penginapan di seluruh Melaka, pelancong yang mengunjungi 24 lokasi tarikan pelancongan yang popular, pelancong kesihatan dan pelancong pelajar.

"Pada tempoh yang sama tahun lalu iaitu 10 hingga 17 Jun, seramai 223,227 orang membanjiri Melaka dan kini meningkat kepada 556,422 orang dan membuktikan bukan saja melepasi sasaran kerajaan negeri, malah peningkatannya cukup memberangsangkan," katanya.

Sebelum ini, Melaka yang sedang menjadi tuan rumah sukan terbabit, mensasar kutipan RM250 juta hasil kehadiran atlit, pegawai, penonton dan pengunjung, sepanjang kejohanan itu berlangsung.
Selain itu, tempat penginapan di Banda Hilir mencatat peningkatan sebanyak 56 peratus, Ayer Keroh meningkat 52.2 peratus dan Alor Gajah bertambah 73.5 peratus.

Tempat penginapan di Jasin pula melonjak 120.5 peratus, Klebang (89 peratus); Pantai Padang Kemunting dan Pengkalan Balak (28.8 peratus) dan Pulau Besar meningkat 14.2 peratus.

Antara lokasi tarikan pelancong yang mencatat peningkatan sepanjang tempoh tersebut ialah Perbadanan Muzium Melaka iaitu dari 20,919 pelawat tahun 2009 kepada 29,512 pengunjung, Taman Mini Malaysia dan Asean (2,193 orang kepada 4,440 pelawat) dan Taman Buaya dari 5,858 orang kepada 20,000 orang.

Sementara itu, Melaka River Cruise akan memulakan operasi secara 'hop-on n hop-off" tidak lama lagi bagi memberi peluang pengunjung menaiki bot di hentian-hentian yang telah disediakan.
Antara hentian terbabit ialah di Kampung Morten, Medan Selera, Melaka River Pirate Park, Padang Nyiru, Balai Polis Pelancong dan Jonker Sreet. Pengunjung yang ingin mendapat perkhidmatan ini boleh membeli tiket di atas bot dengan bayaran RM10 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment