Saturday, June 19, 2010

Tesdec Dijangka Jadi Universiti Kolej 2012

Kerajaan Terengganu sedang menimbang untuk menaikkan taraf Kolej Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) kepada Universiti Kolej pada 2012.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abd Rahman berkata ini bertujuan meletakkan Tesdec setaraf dengan pusat-pusat kemahiran lain di negara ini.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas program integriti ilmu dan kemahiran Tesdec D'Komuniti Kampung Seberang Takir, Sabtu.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Tesdec Datuk Mohd Alim Muda.

Razif yang juga pengerusi Tesdec berkata kolej itu mampu mengambil seramai 500 orang pelajar setiap tahun, dan pada masa ini terdapat kira-kira 2,000 orang pelajar.

Bagaimanapun, pada tahun 2012 nanti, jika diubah menjadi universiti kolej jumlah akan ditambah kepada 5,000 orang pada setiap pengambilan.

No comments:

Post a Comment