Terengganu dan Sabah berjaya membolot pingat emas dalam pertandingan angkat berat hari ketiga, Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 Melaka yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh semalam.
Terengganu meraih dua pingat emas kategori bawah 69kg lelaki melalui Mohd Hafifi Mansor masing-masing dalam acara snatch dan clean & jerk, apabila beliau berjaya mengangkat bebanan 131kg dan 163kg.
Dalam acara snatch, atlet tuan rumah Melaka Dzul Maajad memungut pingat perak dengan angkatan beban 104kg manakala pingat gangsa dimiliki Mohd Yusof Azmi dari Kedah dengan angkatan beban 102kg.
Sabah memperolehi dua pingat emas melalui Aricco Jumitih dalam acara snatch dan clean & jerk bagi kategori bawah 62kg lelaki.
Aricco muncul juara acara clean & jerk setelah berjaya mengangkat bebanan 153kg, dengan itu mengatasi rekod peribadinya dengan angkatan beban 152kg pada Sukan Komanwel di Cyprus 2008.
Bagi acara snatch beliau mengangkat bebanan 119kg.
Atlet Sarawak Daniel Heypli pula menggondol pingat Perak masing-masing dalam acara snatch dan clean & jerk dengan membuat angkatan beban masing-masing 104kg dan 130kg.
Atlet Pulau Pinang, Mohd Syafiq Mohd Yusof pula membawa pulang pingat gangsa masing-masing bagi acara snatch dan clean & jerk selepas mengangkat beban 104kg dan 128kg.
Bagi acara clean & jerk, atlet Pulau Pinang, Mohd Faizal Bakri memugut pingat perak dengan angkatan beban 130kg manakala rakan sepasukan, Khairul Asnawi meraih gangsa dengan angkatan beban 128kg.
Pertandingan yang menawarkan keseluruhan 32 pingat emas akan bersambung esok.
No comments:
Post a Comment