Ahmad Shabery (kanan) menyampaikan wang saku RM12,100 kepada Anuar pada
Jaguh lumba basikal negara, Anuar Manan berazam menggunakan peluang berlatih dan beraksi di Eropah untuk meningkatkan prestasi selain menjadi persiapan awal menjelang Sukan Komanwel dan Sukan Asia nanti.
Shabery turut menyerahkan wang saku 3,000 euro (RM12,100) kepada Anuar pada majlis yang turut dihadiri Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Abu Samah Abdul Wahab.
Seperti biasa Kamen Rider, cicak getah yang sentiasa menemani Anuar pada setiap kejohanan di rantau ini, juga bakal berdepan cabaran baru di Eropah dalam tempoh tiga bulan akan datang apabila jaguh pecut berbasikal lebuh raya itu memulakan latihan di Perancis minggu depan.
Jika sebelum ini Kamen Rider mencuri publisiti tersendiri setiap kali Anuar naik ke pentas kemenangan, tidak mustahil jika nama jolokan Raja Pecut Le Tour de Langkawi 2010 itu mengukir nama di pentas perlumbaan lebih berprestij di Perancis.
Bagi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pula, peluang ini bukan sekadar untuk Anuar atau pasukan diwakilinya, Geumsan Ginseng Asia memburu kegemilangan di sana.
“Ini peluang terbaik bagi syarikat tempatan terutama dari Terengganu untuk memperluaskan jenama mereka ke luar negara dengan menaja atlit negara yang beraksi di sana,” kata Ahmad Shabery di pejabatnya di Putrajaya, semalam.
“Dua pelumba Terengganu, Anuar Manan dan Ahmad Haidar Anuawar (Marco Polo Racing Team) akan berpangkalan di Eropah selama tiga bulan dan bakal menyertai empat kejohanan besar serta beberapa perlumbaan kecil di sana.”
satu majlis ringkas di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

No comments:
Post a Comment