Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata penyatuan yang dilihat dalam UMNO Terengganu hari ini perlu diterjemahkan dalam gerakan menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Perpaduan yang ditunjukkan UMNO Terengganu kini amat baik tetapi ia tidak cukup kalau tidak diterjemahkan kepada satu gerakan yang boleh bantu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya nanti," katanya sebelum merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Kuala Berang semalam.
Katanya berbanding negeri lain, Terengganu dilihat paling berpengalaman kerana pernah tewas dan berjaya merampas kembali pimpinan negeri daripada parti pembangkang.
"Inilah masanya kita kena kerja lebih kuat, menilai kelemahan sendiri dan ini masanya untuk kita berubah. Bila kita sudah rampas kembali Terengganu, pengalaman dulu harus dijadikan iktibar untuk kita buat transformasi supaya keadaan pahit itu tidak berulang," katanya.
Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata keadaan sukar itu juga akan melahirkan pemimpin yang benar-benar ikhlas dan meletakkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan diri.
Beliau berkata pada masa ini UMNO Terengganu berada dalam keadaan stabil dan tidak berpecah.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata usaha menarik anggota parti baru dan menambah bilangan pemilih berdaftar yang dijalankan UMNO negeri khususnya UMNO bahagian Hulu Terengganu amat memberangsangkan.

No comments:
Post a Comment