Wednesday, July 7, 2010

Belia Terengganu perlu bersedia hadapi cabaran

Ahmad Said berucap pada penutup Kem Remaja DUN Kjial di Dewan Seri Bandi - Gambar Zulkifli Putra

Belia Terengganu perlu membuat persediaan rapi untuk menempuhi cabaran hidup dan tidak wajar hanya berharap kepada bantuan kerajaan semata-mata.
Mereka perlu membuat perancangan masa depan agar tidak ketinggalan atau ditelan arus pembangunan yang pesat melanda negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengingatkan belia Terengganu agar mengatur dan merancang kehidupan mereka dengan baik demi menjamin pembinaan keluarga pada masa depan berdisiplin dan stabil.

Katanya, kerajaan negeri hanya boleh membantu dari segi menyediakan dana, pekerjaan dan peluang-peluang kemahiran.

“Bergantung kepada anda semua menyiapkan diri dengan persiapan dan pelan tindakan mempertingkatkan diri.
Remaja yang menhadiri kem di Dewan Sivik Kijal. - Gambar Zulkifli Putra

“Kita perlu positif dan mampu merancang masa depan yang terjamin untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan dan keperluan masa depan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian menutup kem Bakti Remaja DUN Kijal di Dewan Sivik Kijal, Kemaman petang Ahad lalu. Sebelum itu beliau turut berucap pada kem Bakti Remaja DUN KIjal di Dewan Seri Bandi.

Seramai 1,997 remaja dalam DUN Kijal menerima bantuan. Dua lagi majlis penyampaian bantuan berkenaan.akan diadakan akhir minggu ini.

Pagi Sabtu lalu, Ahmad Said yang juga ADUN Kijal menghadiri majlis pembahagian e-Book dan Bantuan Pakaian Sekolah DUN Air Putih di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh Baru.

Beliau mengingatkan remaja berkenaan bahawa hanya dengan kerajaan negeri yang bertanggungjawab sahaja mampu membantu dan menyediakan mereka pekerjaan.
“Bantuan kerajaan akan diteruskan jika UMNO dan Barisan Nasional terus memerintah Terengganu,” katanya.

“Kita perlu menjadi masyarakat yang berterima kasih – memberi dan menerima – bukan jenis mendesak dan meminta semata-mata.

Jadi balaslah pelaburan kerajaan dengan menjamin kemenangan berterusan kepada BN dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Pada ketika peserta berbaris menerima bantuan, Menteri Besar kemudian beredar untuk melawat beberapa penduduk tempatan yang sakit dan kurang upaya dalam DUN Kijal.

Remaja perempuan yang menghadiri kem Bakti Remaja di Dewan Seri Bandi.

No comments:

Post a Comment