Pasukan yang ditubuhkan pada tahun 2009 kini berkedudukan terbaik bagi saingan kategori Wira apabila Mohd Syawalludin Mohd Zaki menerajui kedudukan keseluruhan dengan 60 mata.
Sementara itu, rakan sepasukan Luqman Shakiemi Hakim dan Ahmad Afif Amran berada di tempat ke-9 dan ke-10 dengan pungutan 28 dan 25 mata.
Syawal, pelumba yang cukup konsisten dalam kategori ini, hanya mempunyai tiga mata lebih dari juara bertahan, Mohd Azhar Abdul Jalil (Motul Yamaha YY Pang) yang mengumpul 57 mata diikuti Mohd Fitri Ashraf Razali (Caviaga Modenas Cilik Racing) di tempat ketiga dengan 54 mata.
Pengurus pasukan, Nor Azlan Amran percaya saingan di Kuala Terenganu minggu depan adalah episod yang cukup kritikal kerana para pesaing memberikan tekanan yang hebat sekali.
"Dengan saingan kejuaraan menghampiri fasa pertengahan musim, saya tidak nafikan ada sedikit tekanan berlaku terutama kepada Syawal memandangkan dia pelumba yang paling berpengalaman dikalangan tiga pelumba Wira kami. Bukan itu sahaja, Syawal menjadi sasaran utama lima pelumba terbaik.
"Bagaimanapun, saya pasti kedua-duanya (Syawal dan Afif) tahu apa yang harus dilakukan dan mereka memiliki kerjasama yang kuat antara satu sama lain. Ini adalah kekutan mereka.
Sementara itu, Syawal yang hanya tinggal sekitar 3 kilometer dari lokasi trek mengulangi keyakinannya untuk menawan saingan minggu depan. "Saya mendapat sokongan padu di Kuala Terengganu.
"Bagaimanapun, saya pasti kedua-duanya (Syawal dan Afif) tahu apa yang harus dilakukan dan mereka memiliki kerjasama yang kuat antara satu sama lain. Ini adalah kekutan mereka. Sementara itu, Luqman bakal menjadikan perlumbaan ini satu lagi peluang untuk menambahkan pengalaman.
“Saya harap, ketiga-tiga mereka akan mengambil kesempatan dan kelebihan beraksi digelanggang sendiri sebagai senjata utama mereka.”
Nor Azlan turut menambah, "Perlumbaan ini penting khusus buat Syawal memandangkan objektif kami adalah untuk dia terus memimpin kedudukan keseluruhan dan tidak kecundang di tempat sendiri. Selain itu, saya berharap dia mampu memberi kemenangan sulung buat pasukan Modenas FortyOne musim ini."
"Seluruh ahli keluarga dan rakan sekampung akan berada di Kuala Terengganu untuk memberi sokongan moral kepada saya. Saya percaya sasaran untuk memburu prospek kejayaan semakin meningkat dan saya harap tuah mengiringi perjuangan saya" ujar pelumba berusia 17 tahun itu.
No comments:
Post a Comment