Pegawai Fama Wilayah Timur Mohd Zaimi A Razak berkata daripada pelaburan

"Fama membeli produk pertanian dengan tujuan menolong petani-petani supaya tidak mengalami kerugian," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian jual beli antara Fama dan peserta ladang kontrak daerah Setiu, semalam.
Mohd Zaimi berkata dalam tempoh terdekat ini, Fama akan membelanjakan RM500,000 untuk membeli 460 metrik tan lada merah, labu madu dan tembikai susu daripada peserta kelompok Kampung Bari Pantai, Saujana Tambahan, Rhu Tapai dan Telaga Papan, di sini.
Beliau berkata projek itu membabitkan seramai 87 peserta dengan keluasan tanaman 104 hektar, dan hasilnya bakal dituai Ogos ini.
Sepanjang tahun ini, Fama mensasarkan jumlah peserta program ladang berkelompok seramai 2,000 orang berbanding 1,400 orang ketika ini, katanya.
No comments:
Post a Comment