Thursday, July 8, 2010

Ijazah Kehormat Doktor Sains Kepada Tun Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains sempena Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke lapan pada 25 dan 26 Julai ini.

Naib Censelor UMT Prof Dr Aziz Deraman berkata, anugerah tersebut diberikan kepada mantan perdana menteri itu sebagai menghargai jasa dan peranan beliau kepada negara selama ini.

"Majlis penganugerahan kepada Tun Dr Mahathir itu merupakan satu peristiwa penting dan bermakna bagi UMT.

"Walaupun Tun tidak dapat hadir pada majlis konvokesyen berkenaan, kita akan mengadakan majlis konvokesyen khas bagi menyampaikan anugerah itu pada penghujung tahun ini," katanya ketika berucap pada majlis Malam Mesra Bersama media 2010 di Kuala Terengganu malam kelmarin.

No comments:

Post a Comment