
Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu, Rosdi Awang, berkata velodrom bernilai RM2 juta itu akan dibina di kawasan seluas 4.04 hektar di Kampung Balai Besar, dekat Dungun.
Majlis pecah tanah akan dilakukan sama ada oleh Menteri Belia dan Sukan atau Menteri Besar Terengganu dalam masa terdekat ini," katanya ketika mengiringi Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Zulkefli Embong meninjau tapak pembinaan velodrom itu semalam.
Pada Januari lalu, KBS menangguhkan sementara cadangan pembinaan velodrom itu sebagai menghargai jasa pelumba basikal negara Azizulhasni Awang berikutan bantahan penduduk setempat.
No comments:
Post a Comment