Saturday, July 24, 2010

Kelate.Net kecam Che Mat Jusoh

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) semalam melahirkan rasa kesal di atas kenyataan terbuka Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh yang dilihat memberi amaran keras kepada mana-mana calon yang bertanding untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai sumbangan pihak FAM selama ini.

Presiden Kelate.Net, Marhasyim Mat berkata, sebagai Naib Presiden FAM, Che Mat Jusoh tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian yang dilihat boleh mencetuskan polemik baru di saat pemilihan pucuk pimpinan bakal berlangsung tidak lama lagi.

Menurutnya, semua calon yang akan bertanding pada Kongres FAM berhak mengutarakan agenda masing-masing termasuklah beliau sendiri.

Jadi kata Marhasyim, apa masalahnya sehingga mendorong beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

“Jangan jadikan FAM sebagai sebuah persatuan yang tidak boleh dikritik atau disentuh oleh mana-mana pihak. Adakah dengan mengemukakan agenda atau manifesto itu boleh dianggap sebagai mengkritik badan induk bola sepak kebangsaan itu.

“Bukan semua perkara yang dibuat oleh FAM tidak bagus, ada yang boleh diterima oleh peminat bola sepak di negara ini, tetapi apabila ada calon-calon mengemukakan idea baru, adakah itu dianggap membelakangi segala usaha yang telah dilakukan oleh pihak FAM selama ini,” katanya.

Marhasyim berkata, pemilihan jawatan pucuk tertinggi FAM yang akan berlangsung pada 31 Julai ini harus dilihat berlangsung dalam semangat kekeluargaan dengan semua calon yang bertanding dilihat mempu-nyai peluang terbuka untuk memenangi jawatan yang dipertandingkan.

“Semua calon yang bertanding mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Saya percaya mereka yang menawarkan diri untuk bertanding itu mempunyai keikhlasan hati untuk membantu membangunkan bola sepak negara tanpa mengejar glamor.

“Che Mat Jusoh mungkin dilihat dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan daripada ahli gabungan sehingga beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya.

Menurut Marhasyim, Che Mat Jusoh mungkin berbangga di atas pencapaian menerajui PBSNT selama 12 tahun, tetapi mengapa perlu beliau membuat perbandingan kejayaan pasukan Terengganu dengan kejayaan pasukan ‘segera’ yang sudah semestinya ditujukan kepada pasukan Kelantan.

Katanya, soal kejayaan beliau memimpin Terengganu biarlah ahli perwakilan tentu, tetapi beliau tidak sepatutnya menyindir kejayaan pasukan Kelantan.

"Kelantan berhak diang-gap sebagai pasukan terbaik dalam Liga Malaysia selain Selangor pada musim ini setelah segala usaha yang dilakukan oleh pihak kepimpinan Kafa sejak tiga tahun lalu membuahkan hasil,” katanya.

No comments:

Post a Comment