Tuesday, July 20, 2010

Kementerian Pengajian Tinggi Akan Wujud Dasar Pendidikan Hijau

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kini dalam proses mewujudkan dasar dan strategi pendidikan hijau untuk dijadikan panduan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) dalam usaha menjayakan strategi alam sekitar dan teknologi hijau di negara ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, dasar itu diwujudkan untuk memenuhi dua objektif utama iaitu meningkatkan lagi program pengajian alam sekitar yang telah diwujud di IPT.

Katanya, selain itu ia bagi membantu kerajaan untuk melaksanakan Model Baru Ekonomi (MBE) di mana satu daripada tiga prinsip MBE itu ialah kelestarian.

"Yang dimaksudkan Dasar Pendidikan Hijau ini ialah supaya pengukuhan mata pelajaran pengajian alam sekitar selain beberapa perkara lain yang sedia ada," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara IPT 2010 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Kuala Terengganu, kelmarin yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha 1 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Aziyah Mohamed dan Naib Canselor UMT Prof Aziz Deraman.

Saifuddin berkata kementerian itu dalam proses menyiapkan dasar berkenaan yang akan dilaksana secepat mungkin sebelum MBE yang akan diumumkan pada Oktober ini.

No comments:

Post a Comment