Thursday, July 8, 2010

Khidmat 5 Tahun, Penjawat Awam Boleh Mohon Tanah Rumah

Berita baik untuk penjawat awam di Terengganu.

Tidak lagi 10 tahun tetapi 5 tahun sudah boleh mohon tapak rumah.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata mesyuarat Exco semalam
memutuskan penjawat awam yang telah berkhidmat lima tahun dengan kerajaan boleh memohon tanah untuk membina rumah, berkuatkuasa serta merta.

Sebelum ini penjawat awam yang ingin memohon tanah untuk membina rumah perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun, katanya.

"Sekurang-kuranngnya apabila kerajaan negeri melakukan langkah ini, mereka akan dapat membuat permohonan pinjaman dengan bank lebih awal.

Selain itu mereka juga dapat menikmati tempoh lebih panjang bagi bayaran baik setiap bulan dan ianya kurang membebankan kerana bayaran menjadi semakin rendah," katanya.

No comments:

Post a Comment