Thursday, July 8, 2010

Kontraktor Bersih Sisa Runtuhan Bumbung Stadium Diputuskan Semalam

Kontraktor yang terpilih untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin akan ditentukan semalam, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.

Beliau berkata perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Jawantkuasa Lembaga Tender yang akan meneliti senarai pendek daripada 48 kontraktor yang memohon tender kerja tersebut.

"Antara kriteria yang akan diberikan pilihan termasuklah tempoh masa, kos serta kemampuan mereka untuk menjalankan kerja-kerja pengalihan dan pembersihan struktur runtuhan itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, di Kuala Terengganu semalam.

Beliau berkata panel empat anggota itu akan dipengerusi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah.

Sementara itu Mazlan yang turut hadir berkata surat tawaran kepada kontraktor yang terpilih akan dikeluarkan seminggu selepas keputusan dibuat.

Kerja-kerja pembersihan harus dilakukan secepat mungkin selepas surat itu dikeluarkan, katanya.
Dalam kejadian 2 Jun tahun lepas, sebahagian bumbung satdium bernilai RM292 juta itu runtuh, iaitu setahun selepas infrastruktur tersebut siap dibina.

Stadium itu merupakan venue utama sukan di Terengganu termasuk Sukan Malaysia 2008.

No comments:

Post a Comment