Friday, July 9, 2010

Kontraktor Baru Bersih Runtuhan Stadium Sultan Mizan

Runtuhan stadium akan dibersihkan oleh kontraktor baru.

Kontraktor baru dipilih bagi pembersihan runtuhan Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Kuala Terengganu dalam tempoh lima bulan, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mazlan Ngah.

"Ia memerlukan masa kerana kerjanya amat rumit. Kita tidak mahu apabila mereka mengalihkan runtuhan tersebut ia akan merosakkan struktur stadium itu sendiri," katanya.


Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan majlis prapelancaran Festival Gamelan Sedunia 2010 di Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya lagi kontraktor baru yang dipilih hanya akan menjalankan kerja pembersihan manakala kontraktor untuk kerja membaik pulih hanya akan dipilih selepas kerja pembersihan dibuat.

"Kami juga akan membincangkan kos-kos membaik pulih tersebut setelah kerja-kerja pembersihan selesai dibuat," tambahnya.

Bumbung stadium tersebut runtuh pada Jun tahun lepas, selepas disiapkan pada Mei 2008, dengan kos RM270 juta.

Kontraktor baru untuk pembersihan itu diputuskan oleh Lembaga Tender Negeri yang bermesyuarat dua hari lepas namun nama syarikat belum didedahkan kerana masih belum terima tawaran.

Mengenai tindakan terhadap kontraktor sebelum ini yang gagal menyiapkan kerja-kerja dalam tempoh yang ditetapkan, Mazlan menjawab: "Tindakan yang diambil adalah sepertimana dalam kontrak".
.

No comments:

Post a Comment