
Menterinya Datuk Ahmad Shabry Cheek berkata tajaan ke atas Annuar bukan sahaja akan membantu mengembangkan laluan anak muda itu dalam menjulang nama negara di arena lumba basikal dunia, bahkan turut membantu

"Annuar ini antara pelumba lima bintang negara, dan sudah tiba masanya syarikat tempatan muncul sebagai antara penaja utama beliau.
"Dengan kesediaan beliau untuk berlatih dan bertanding di Perancis yang merupakan kuasa dunia dalam arena lumba basikal, saya percaya masanya akan tiba untuk beliau berpeluang menyertai pertandingan Tour de France yang berprestij itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Annuar di Putrajaya.
Annuar yang merupakan atlet kelahiran Terengganu dan kini ditaja oleh sebuah syarkat dari Korea, akan berlepas ke Brittani, Perancis 6 Julai ini untuk menyertai sesi latihan selama tiga bulan.
Sepanjang tempoh tersebut, beliau akan menyertai empat perlumbaan utama dan perlumbaan kompetitif di setiap hujung minggu bagi memantapkan prestasinya.
No comments:
Post a Comment