Seorang pelajar kurang upaya (OKU) dari Terengganu antara sembilan pelajar OKU yang mendaftar di Universiti Malaya bagi pengambilan 2010/2011 hari ini.
Ahmad Solihim Mohd Nor, 20, yang cacat tangan berkata beliau bersyukur dengan penerimaan mahasiswa lain di situ.
Mahasiswa lain menerimanya seperti orang biasa dan sering dibantu oleh mereka ketika memerlukan, kata pelajar yang berasal dari Terengganu itu.
Beliau yang mengambil jurusan Sarjana Muda Usuluddin juga berkata kemudahan untuk OKU seperti tandas dan juga bilik yang direka khas bagi kemudahan mereka adalah satu inisiatif yang baik dari pihak universiti.
UM mencatatkan pengambilan sebanyak 3,263 pelajar tempatan pada tahun ini dengan sembilan merupakan OKU berbanding pada sesi lepas sebanyak 3,687 dengan tujuh pelajar OKU.
Ini bermakna UM meneruskan tradisi pengambilan pelajar OKU ditawarkan melanjutkan pelajaran di institusi itu.
Ketua Penolong Pendaftar Kanan Hal Ehwal Pelajar UM, K Puniamurthi berkata pihak universiti telah mula mengambil pelajar OKU sejak tahun 70-an dan sejajar dengan pengambilan tersebut, pihak universiti sering menaik taraf fasiliti untuk kemudahan mereka.
"Kemudahan-kemudahan untuk penginapan dan pergerakan mereka akan terus dinaik taraf ke seluruh kawasan universiti, dan kita akan buat semua ini secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Minggu Haluansiswa dan Upacara Lafaz Akujanji pelajar UM di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya pihak universiti tidak pernah menghalang penyertaan mereka dalam mana-mana aktiviti kokurikulum mahupun aktiviti-aktiviti persatuan.
"Selagi mereka (OKU) berupaya melakukan aktiviti tersebut, kita akan benarkan, tambahan mereka sering dibantu oleh pelajar-pelajar lain," katanya.

No comments:
Post a Comment