Friday, July 2, 2010

Pelancaran Hari Koperasi Negara Peringkat Terengganu

Sambutan Hari Koperasi Negara dan Pelancaran 1 Kampung 1Koperasi peringkat negeri Terengganu dilancarkan semalam.

Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Md Yusof Samsudinmewakili Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan sambutan itu di Pusat Dagangan Negeri Terangganu.

Bercakap selepas majlis perasmian itu, beliau berkata pertumbuhan sektor koperasi di negara ini mencatatkan peningkatan memberangsangkan apabila pada tahun lepas sebanyak 1,286 koperasi baru didaftarkan berbanding sasaran tahunan sebanyak 800.

Beliau berkata angka tahun lepas itu merupakan jumlah tertinggi dicatatkan sejak penubuhan SKM dua tahun lepas.

"Jumlah pendaftaran koperasi pada tahun lepas amat luar biasa dan ia merupakan peningkatan hampir dua kali ganda berbanding sasaran kita iaitu hanya 800 koperasi setiap tahun sehingga tahun 2013.

"Ini menunjukkan peningkatan kesedaran rakyat terhadap kepentingan dan sumbangan koperasi kepada diri mereka sebagai anggota, koperasi dan negara," katanya kepada pemberita, di sini.

Md Yusof berkata sebelum penubuhan SKM, hanya kira-kira 230 koperasi baru mendaftar dengan Jabatan Koperasi setiap tahun.

No comments:

Post a Comment