Sunday, July 11, 2010

Perbincangan Ahmad Said, Pegawai Kerajaan di Kemaman

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pagi ini menemui pegawai dan kakitangan negeri dan Persekutuan Daerah Kemaman di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman.

Beliau cuba mendapatkan gambaran jelas mengenai pembangunan di Daerah Kemaman dan peruntukan mutakhir bagi membangunkan daerah yang bersempadan dengan Pahang itu.

Perancangan rapi pembangunan Kemaman ditekankan oleh Ahmad Said agar daerah itu membangun secara teratur.

Selain itu, beliau berusaha agar peluang pekerjaan dapat diwujudkan dengan lebih banyak bagi menampung permintaan golongan muda yang semakin ramai berkelulusan tinggi di daerah berkenaan dan Terengganu umumnya.

Pada 10.30 pagi ini beliau bermesyuarat pula dengan Jawatankuasa Tindakan Daerah Kemaman di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kemaman.

Ahmad Said yang berada di Kemaman sejak Khamis lalu, malam ini dijangka akan menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung seluruh Kemaman di Dewan Berlian Kemaman.

Anugerah adalah menghargai sumbangan ahli JKKK kepada pembangunan dan keselamatan daerah itu yang kini setanding dengan beberapa daerah maju yang lain di negeri ini.

No comments:

Post a Comment