Saturday, July 3, 2010

SPR Diminta Permudahkan Pendaftaran Pengundi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mempermudahkan proses pendaftaran rakyat yang layak mengundi sebagai pemilih, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana ramai rakyat, terutamanya golongan remaja, yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar.

"Saya minta carilah jalan yang paling mudah untuk rakyat mendaftar, walaupun termasuk (kaedah) pergi dari rumah ke rumah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Kuala Nerus di Kuala Terengganu, semalam.


Razali berkata pada masa ini, terdapat sejumlah empat juta generasi muda yang layak mengundi tetapi belum mendaftar, dan golongan inilah yang bakal menentukan kerajaan pada masa depan.

Di pihak kementeriannya, beliau berkata golongan belia sering diingatkan mengenai kepentingan menjadi pemilih berdaftar dan SPR sering diundang ke majlis anjuran Kementerian Belia dan Sukan untuk memberikan penerangan mengenai perkara itu.

No comments:

Post a Comment