Rektor TATiUC, Dr Rozailan Mamat berkata, peningkatan bilangan penuntut menunjukkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem pembelajaran di TATiUC kian meningkat, sekali gus menepis tanggapan negatif mengatakan TATiUC hanya untuk masyarakat di Pantai Timur.
“Pada sesi kemasukan 2010 dan 2011, TATiUC telah menerima penuntut baru berjumlah 715 orang. Ini adalah pengambilan teramai sejak penubuhannya 17 tahun lalu.
"Apa yang penting mahasiswa ini datang dari seluruh negara,” katanya.
Dr Rozailan berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Minggu Haluan Siswa yang diadakan di Dewan Tertutup TATiUC, Teluk Kalong yang dihadiri lebih 500 penuntut lama yang lain.
Menurutnya, sistem pembelajaran yang menekankan kemahiran (hands on) sehingga 70 peratus menyebabkan generasi baru lebih didedahkan dengan kemahiran teknikal, jika dibandingkan dengan aspek teori.
“Ini selaras dengan teras ketiga dan keempat RMK-10 yang diumumkan Perdana Menteri, iaitu menuju ke arah pembangunan sosio ekonomi secara eksklusif dan membangun serta mengekalkan modal insan bertaraf dunia,” katanya.
Menurutnya, TATiUC juga mengalu-alukan penubuhan Lembaga Teknologi Malaysia seperti yang diumumkan dalam RMK-10 bagi memberi pengiktirafan kepada semua pakar dalam bidang teknologi dan kejuruteraan mekanikal.
“Ini penting bagi memastikan semua mahasiswa mendapat peluang pekerjaan setelah tamat pengajian.
"Saya akan terus memantau potensi penuntut baru ini sepanjang tahun bagi memastikan mereka memenuhi spesifikasi ditetapkan majikan,” katanya.
Menurutnya, TATiUC telah mengalami perubahan drastik selaras hasrat negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang mempunyai pengetahuan dan inovasi dalam pelbagai bidang.
“Bermula dengan penawaran program peringkat Ijazah Teknologi pertama pada Julai 2008, kini TATiUC menawarkan tujuh program ijazah pertama dalam bidang teknologi.
"Ini adalah perkembangan yang baik setelah tiga tahun TATiUC dinaik taraf sebagai sebuah universiti kolej,” katanya.
Pada 11 Mei lalu, Dr Mohd Rozailan berkata universiti kemahiran tinggi milik penuh kerajaan negeri Terengganu di sini akan menerima pelajar luar negara mulai Julai ini.
Untuk permulaan kolej berkenaan akan menapis dan mengambil pelajar dari China serta Indonesia bersama 800 pelajar baru tempatan yang akan mendaftar bulan ini.
"Sasaran kita ialah dalam masa tiga tahun dari sekarang, TATiUC akan menjadi sebuah kolej universiti yang mempunyai 3,000 pelajar dari dalam dan luar negara," katanya selepas majlis penyampaian Sijil Industrial Skills Enhancement Program (INSEP) pada hari berkenaan.

Seramai 272 orang graduan TATiUC menerima sijil tersebut yang diperkenalkan bagi memberi nilai tambah kepada kemahiran sedia ada kepada siswazah yang telah tamat pengajian di peringkat diploma dan ijazah pertama.
Dr Mohd Rozailan berkata sehubungan dengan penambahan jumlah pelajar, kolej tersebut telah menambah enam kursus ijazah daripada dua kursus yang sedia ada serta mengadakan satu kursus peringkat diploma. Katanya kursus yang ditawarkan ialah Bachelor Computer Science With Business Management, Bachelor Chemical Engineering (kerjasama dengan Queen Universiti of Belfast), Bachelor Polymer Engineering Technology, Bachelor Chemical Engineering Technology.
Bachelor Computer Science (Industry Computing), Bachelor Compueter Science (Database Management), Bachelor Engineering Technology (Robotics and Automation) dan Bachelor Engineering Technology (Networking and System) serta Diploma Graphic Media Design.
Dr Mohd Rozailan berkata secara keseluruhan, 90 peratus graduan lepasan TATiUC sudah mendapat pekerjaan terutama dalam sektor industri di seluruh negara.

No comments:
Post a Comment