Azizulhasni bersama jurulatihnya, John Beasley ketika saingan acara keirin pada Kejohanan Dunia awal tahun ini.
Berita Harian
Mohd Azizulhasni Awang tidak mahu peminat menaruh harapan besar dia adalah pilihan meraih pingat emas di Sukan Komanwel 2010 hanya kerana ketiadaan pemenang tiga pingat emas Sukan Olimpik 2008, Chris Hoy dari Scotland.
Jaguh negara dari Kuala Terengganu itu dijangka akan menguasai acara pecut dan keirin di New Delhi, Oktober ini tanpa kelibat musuhnya itu yang membuat keputusan menarik diri untuk tumpuan ke arah kejohanan peringkat Eropah bagi mengutip mata kelayakan ke Sukan Olimpik 2012 di London.
"Memang ketiadaan Chris Hoy agak melegakan, tetapi tidak bermakna saya akan berdepan jalan mudah menguasai acara di Sukan Komanwel nanti,” kata Azizulhasni. “Masih ada ramai pelumba lain dari Britain dan Australia yang bakal memberi cabaran.
“Bagi saya, apa yang penting ialah prestasi semasa saya ketika beraksi di sana. Memang saya harap dapat beraksi menentang Hoy sekali lagi, tetapi matlamat utama ialah memburu emas negara menerusi acara berbasikal trek di Sukan Komanwel dan Asia, sebelum impian emas Olimpik.
“Buat masa sekarang, prestasi saya semakin baik dan corak latihan juga ditingkatkan jurulatih John (Beasley).” Antara pelumba perlu diberi perhatian ialah Matthew Crampton dan Jason Kenny yang boleh dianggap sehebat Hoy, serta pelumba dari Australia.
Azizulhasni, Mohd Rizal Tisin, Muhammad Edrus Yunos dan pelumba wanita, Fatehah Mustapa kini berlatih tujuh hari seminggu dan prestasi mereka diuji dari masa ke masa oleh Beasley dengan menghantar pasukan trek negara menyertai perlumbaan di sana.

Pada Grand Prix Adelaide minggu lalu, Azizulhasni muncul juara acara pecut individu dan gandingannya dengan Rizal dan Edrus berjaya menjelmakan perak untuk trio negara itu.
“Apa yang saya boleh katakan, peluang cerah untuk menang pingat di Sukan Komanwel nanti. Saya dan rakan-rakan akan memberikan saingan terbaik di sana,” kata Azizulhasni.

No comments:
Post a Comment