Sunday, July 18, 2010

TMESA terus bantu pelajar

Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah Tengku Mahmud Besut (TMESA) terus memberi sumbangan untuk memajukan pendidikan anak bangsa dengan menggerakkan program bantuan Sponsor A Student (SAS).

Sumbangan melalui program itu yang dimulakan enam tahun lalu kini diperluaskan kepada pelajar daripada sekolah lain termasuk di beberapa daerah yang berpotensi mencapai kecemerlangan.

Majlis Penyampaian Bantuan SAS pada tahun ini dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud dekat sini semalam.

Ia disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh.

Pada majlis itu, seramai 141 pelajar dari 15 buah sekolah menengah terpilih termasuk dari daerah Setiu dan Hulu Terengganu menerima bantuan wang tunai.

Presiden TMESA, Datuk Ir. Che Mohamad Che Jusoh dalam ucapannya berkata, sejak program SAS dilancarkan, seramai 390 pelajar diberikan bantuan berjumlah RM432,000.

Katanya, walaupun tidak mempunyai sumber kewangan tetap, TMESA berjaya mendapat bantuan daripada bukan sahaja ahli tetapi orang perseorangan dan syarikat korporat menerusi derma.

No comments:

Post a Comment