Wednesday, July 7, 2010

Ulang kaji meniarap jejas tulang belakang

Menyedari penjagaan kesihatan tulang belakang kurang diambil berat oleh masyarakat ketika ini, Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memperkenalkan seminar mengenainya kepada pelajar dan kakitangan universiti itu.

Pengarahnya, Dr Arnie A Rahim (gambar kanan) berkata, seminar itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran pelajar dan kakitangan UMT agar lebih prihatin dan cakna terhadap kepentingan penjagaan tulang belakang.

“Baru-baru ini kita adakan seminar bertajuk ‘Adakah Tulang Belakang Anda Bermasalah?’ dan sambutan yang diterima agak mengejutkan kerana berjaya mendapat penyertaan menggalakkan daripada pelajar dan kakitangan universiti.

“Seminar mengenai kesihatan tulang belakang ini adalah tajuk baru yang kita perkenalkan dan mungkin akan diteruskan pada masa akan datang, memandangkan sambutan baik daripada peserta,” katanya.

Menurutnya, menerusi seminar yang disampaikan oleh doktor pakar tulang belakang itu, ia dapat mengubah tabiat pelajar yang suka mengulang kaji pelajaran dalam keadaan meniarap selain memberi panduan mengenai cara penjagaan tulang belakang sempurna.


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment