Monday, August 30, 2010

10 Atlit Kanu Terengganu Tersenarai Ke Sukan Sea 2011

Pasukan kanu wanita pada Sukma Melaka

Persatuan Kanu Malaysia (Masca) menyenaraikan 10 orang atlet kanu Terengganu untuk menjalani latihan awal bagi persediaan menghadapi Sukan Sea di Jakarta tahun depan.

Presiden Persatuan Kanu Terengganu (PKT) Zulkifli Abas berkata mereka terdiri daripada atlit kanu yang cemerlang pada Sukan Malaysia (Sukma) Melaka baru-baru ini.

"Ini satu penghargaan kepada Terengganu daripada Masca kerana memilih begitu ramai atlit kanu daripada negeri ini," katanya kepada Bernama, di sini Ahad.

Zulkifli berkata atlet-atlet itu ialah Khairul Anuar Mohamad, Mohamad Hakimi Abdullah, Mohd Azlan Ibrahim, Mohd Afandi Mohd Azhar, Ahmad Nasir Mohamad.

Sementara lima atlit lagi merupakan atlit wanita iaitu Norain Abdul Wahab, Siti Rajiah Ali (gambar kiri), Habidah Nor Azahar, Norishah Yahya dan Norizlina Tajuddin.

Beliau yang juga Presiden Masca berkata bagaimanapun pemilihan terakhir atlit kanu ke Sukan Sea akan dibuat pada Kejohanan Kanu Kebangsaan yang akan diadakan di Putrajaya pada 4-6 Nov ini.

Zulkifli berkata atlet-atlet yang terpilih dalam skuad kebangsaan akan menjalani latihan intensif selama enam bulan sebelum menyertai kejohanan itu.

Beliau berkata peluang negara untuk memenangi pingat pada sukan itu agak baik walaupun dibayangi oleh pasukan hebat seperti Indonesia dan Myammar.

Katanya sejarah membuktikan negara pernah memenangi tiga pingat gangsa Sukan Sea di Indonesia pada 1997.

No comments:

Post a Comment