Monday, August 30, 2010

Isu Sabri, PAS Hanya Cari Publisiti Murahan

“Portal berita proPAS mendakwa gambar fail ini menunjukkan "pentadbiran Ahmad Said hanya untuk kroni?” – Betulkah ini kroni Ahmad Said?

Kesempitan hidup bekas tentera, Sabri Che Hassan, 39, yang dipaparkan Sinar Harian dan dipetik sebuah portal berita proPAS di Terengganu minggu lalu mendapat perhatian banyak pihak dan terbaru, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

JHEV yang diwakili Penolong Pengarah JHEV Cawangan Kelantan dan Terengganu, Kapten Zaini Atan melawat Sabri di rumahnya, di Alor Keladi, Hulu Besut, kelmarin.

Zaini bersama kakitangannya sempat bertanya khabar dan meninjau masalah yang dihadapi bekas tentera yang menghadapi masalah sakit buah pinggang itu mengenai bentuk bantuan yang wajar diberikan kepadanya.

“Kami datang mengambil maklumat berkaitan bagi menentukan sama ada dia layak menerima bantuan daripada JHEV atau bantuan sesuai yang wajar diberikan kepadanya selain membuat susulan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Dalam kunjungan itu, Zaini turut menyampaikan sedikit sumbangan wang daripada JHEV kepada Sabri.

Manakala semalam, Sabri menerima sumbangan zakat Peringkat Parlimen Besut daripada Ahli Parlimen Besut yang juga Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zain di Bangunan UMNO Bahagian Besut, Jertih.

Sinar Harian pada 24 Ogos lalu menyiarkan kisah Sabri yang tinggal sebatang kara di rumah kecil tanpa bekalan asas iaitu elektrik dan air malah lebih teruk kini dia tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan berikutan masalah penyakit buah pinggang kritikal yang dihadapinya.

Menurut laporan Sinar Harian yang ditokok tambah oleh portal berita proPAS itu, seorang bekas tentera (Sabri) yang rosak kedua-dua belah pinggangnya hidup menderita tanpa pembelaan dari kerajaan UMNO dan Barisan nasional yang kononnya mengamalkan slohgan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian di Utamakan'.

Sabri, bekas anggota Kor Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Rejimen 512 Askar Wataniah (AW) Kem Padang Midin, Kuala Terengganu terpaksa bergantung hidup dengan rawatan hemodialisis tiga kali seminggu.

Setelah terpaksa berhenti daripada perkhidmatan tentera berikutan masalah kesihatannya itu sejak April tahun lalu, beliau tinggal seorang diri di pondok kecil yang tidak mempunyai kemudahan asas dan hanya bertemankan lampu pelita pada malam hari.

Walaupun telah berkhidmat selama 10 tahun, segala jasanya berkhidmat dengan kerajaan seolah-olah sia-sia dan tidak dihargai.

Dalam keadaan negeri Terengganu yang didakwa pemimpin Umno banyak memberikan bantuan kepada rakyat, Sabri tidak mendapat apa-apa pertolongan samada sumbangan dari wakil rakyat, bantuan dana khas atau 'wang ehsan' atau mana-mana dana kerajaan negeri Terengganu yang didakwa 'merakyat pembangunan dan pentadbiran negeri Terengganu'.

Pihak Angkatan Tentera, Jabatan Hal Ehwal Veteran Kementerian Pertahanan Malaysia dan Persatuan Bekas-bekas Perajurit juga tidak muncul bagi meringankan Sabri menanggung kos rawatan hemodialis sebanyak RM13 setiap rawatan.

“Setiap kali mendapatkan rawatan hemodialisis, saya perlu membayar RM13 dan sehingga kini bil rawatan saya sudah tertunggak selama tiga bulan iaitu berjumlah kira-kira RM150.

"Kini, saya hanya mampu hidup atas belas kasihan abang saya, Suhaimi dan jiran yang sudi menghulurkan makanan,” katanya.

Sabri berkata, berikutan sakit buah pinggang, dia juga sering lelah, hilang tenaga dan rasa tidak selesa.

“Selepas menjalani rawatan hemodialisis, badan saya agak sihat dan sudah boleh mencangkul sekeliling rumah.

“Saya berharap mana-mana pihak khususnya Jabatan Hal Ehwal Veteran Kementerian Pertahanan Malaysia dan Persatuan Bekas-bekas Perajurit boleh membantu meringankan sedikit beban hidup saya,” katanya.

Persoalannnya, jika bersimpati, apakah yang dilakukan oleh PAS kepada Sabri?
Mencari publisiti murahan dengan memetik dan menokok tambah paparan mengenai Sabri ini daripada Sinar Harian?

Cukupkah dengan hanya tumpang sekaki laporan Sinar Harian untuk political milage mereka?

Lebih buruk sikap portal ini ialah memasukkan gambar Menteri Besar yang didakwanya bersama kroni dalam laporan mengenai Sabri ini pada 25 Ogos lalu.

Benarkah mereka yang bersama Menteri Besar dalam gambar di atas adalah kroni Ahmad Said?

No comments:

Post a Comment