

Ia yang dianjurkan oleh Pusat Islam UMT, dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh.
Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UMT, Faizah Ismail berkata, kursus berkenaan diadakan bagi membentuk mereka yang berketerampilan sebagai imam sejak usia muda.
B

"Tambahan pula, ia dapat mengisi masa lapang para pelajar pada hari Jumaat kerana tidak banyak aktiviti dilakukan pada Ramadan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau berkata, ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pembentangan kertas kerja dan bengkel.
"Pembentangan kertas kerja dilaksanakan Pegawai Hal Ehwal Islam, UniSZA, Wan Fajrulhisyam Wan Abdullah yang membentangkan tajuk Tahsin dan Talaqin Al-Quran manakala pegawai Pusat Islam UMT, Riswadi Azmi pula Adab dan Etika Imam dan Bilal.
"Bahagian kedua melibatkan bengkel di mana para peserta akan melakukan latihan praktikal," katanya.
Bagi penyertaan para pelajar UMT, tambahnya, mereka perlu menjalani temuduga sebelum menyertai kursus berkenaan.
"Ini kerana kita ingin mencari hanya mereka yang berketerampilan dan berkarisma untuk menjadi imam di UMT," jelasnya.
No comments:
Post a Comment