Monday, August 9, 2010

Ada Yang Mengejutkan Pada Perbicaraan Kes Ugutan Bunuh Melalui SMS?

Khabarnya ada sesuatu yang menarik pada perbicaraan kes ugutan jenayah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dijangka berlangsung hari dan esok (9 dan 10 Ogos 2010).

Malah, ia bukan sekadar menarik tetapi dikatakan akan berlaku kejutan. Kejutan apa tidak dipastikan.

Namun, ia bergantung sama ada tertuduh, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir hadir pada perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu itu.

Perbicaraan kes ugutan jenayah yang sepatutnya bersambung 31 Mei 2010 terpaksa ditangguhkan berikutan tertuduh mendapat cuti sakit kerana menjalani pembedahan tonsil.

Ahmad Ramzi, setiausaha politik bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh itu dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, setelah menjalani pembedahan itu pada 29 Mei dan diberi cuti sakit sehingga 13 Jun lalu.

Berikutan itu, Mahkamah Sesyen menetapkan tarikh baru 9 dan 10 Ogos (hari ini dan esok) untuk perbicaraan kes berkenaan, dan ia juga akan disambung semula pada 21 hingga 23 September dan 26 hingga 28 Oktober.

Ahmad Ramzi didakwa atas empat tuduhan menghantar ugutan jenayah menerusi SMS kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) negeri Terengganu.

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Ramzi didakwa mengancam mendatangkan kematian ke atas ADUN Paka, Mohd Ariffin Abdullah pada pukul 11.21 malam, 13 April tahun lalu di E726 Kampung Kubang Parit.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang sama ke atas dua lagi Adun, Abd Halim Jusoh (Adun Permaisuri) dan Datuk Rosol Wahid (Adun Ajil) antara pukul 11.21 dan 11.25 malam di tempat dan tarikh yang sama.

Dia turut didakwa atas tuduhan pilihan, menggunakan perkhidmatan internet bagi menghantar SMS berbunyi: "Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?" kepada tiga Adun tersebut.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun.

Ahmad Ramzi turut dituduh memfitnah Datuk Wan Ahamad Wan Muda, bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang kini memegang jawatan Timbalan Setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan itu menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Pihak pendakwa dijangka memanggil seramai 22 saksi untuk memberi keterangan, dan setakat ini tujuh saksi sudah dipanggil memberi keterangan di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Shahidani Abd Aziz manakala Ahmad Ramzi diwakili tiga peguam yang teridiri daripada Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abd Rahman.

Sebelum itu, pada perbicaraan 26 April 2010 lalu, Wan Ahamad memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, bahawa beliau dan keluarga tertekan selepas difitnah menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) berunsur ugutan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Beliau yang terkejut apabila didakwa menghantar SMS berbunyi “Baik YB jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?”, kepada ADUN berkenaan pada 13 April, tahun lalu, menafikan pembabitannya dalam penghantaran SMS tersebut.

Wan Ahamad adalah sebagai saksi dalam pembicaraan kes ini.

“Saya rasa terkejut bila orang tuduh saya hantar SMS itu, tambahan pula ia mendapat liputan meluas di media massa. Anak-anak dan isteri saya stress (tertekan) kerana berita itu, tetapi saya suruh mereka bersabar dengan fitnah yang dilemparkan kepada saya,” katanya dalam kes Dr Ahmad Ramzi itu.

Menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abd Aziz, Wan Ahamad yang kini memegang jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), berkata beliau meminta isteri dan anak-anaknya bersabar dengan berita yang tidak benar itu.

Ahmad Ramzi yang merupakan Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM8,000 dan diarah menyerahkan passport kepada mahkamah.

Pada perbicaraan keesokkannya pada 27 April pula, isteri dan bapa mentua Ahmad Ramzi menafikan ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada tiga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Datin Ilia Ismail, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malik dan bapanya Ismail Awang Su, 70, juga menafikan ada meminta sesiapa menghantar SMS ugutan kepada tiga ADUN berkenaan.

Kepada soalan lain yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shahidani Abd. Aziz, Ilia, 38, berkata, suaminya yang kini bekerja di pejabat Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur mempunyai sebuah komputer riba jenama Dell.
Dua buah komputer riba lagi yang ada di rumahnya juga jenama Dell milik bapanya selain jenama Acer milik anaknya.

"Bagaimanapun kedua-dua komputer riba itu telah diambil oleh pihak polis," katanya.
Ilia memberitahu mahkamah, beliau hanya menggunakan komputer riba anaknya untuk mencari bahan membantunya mengajar dan tidak pernah menggunakan komputer riba milik suaminya.

''Suami saya juga tidak pernah menggunakan komputer riba di rumah kerana memiliki komputer riba sendiri,'' katanya.

Wan Ahamad turut memberikan keterangan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 28 April 2010 dengan menafikan beliau ada berjumpa dengan Ahli Dewan Undangan Negeri dari PAS berkaitan undi tidak percaya dan menganggapnya sebagai suatu fitnah terhadapnya.

Beliau menyatakan itu kepada mahkamah bagi menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh Datuk Hazman Ahmad, peguambela dalam kes perbicaraan Ahli Politik, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir yang menghadapi empat tuduhan berhubung ugutan jenayah melalui SMS kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu tahun lalu.

Dalam prosiding yang dilakukan di depan Hakim M.Bakri Abd Majid, Wan Ahamad memberitahu mahkamah bahawa beliau memulakan tugas sebagai pegawai tadbir negeri pada 1 Februari 1988.

Pihak pendakwa dalam kes ini ialah Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abd Aziz dibantu Norazimon Azmi dan Ooi Choo Geek manakala Ahmad Ramzi diwakili peguam,Datuk Hazman Ahmad dan Rosli Abdul Rahman.

Dalam pada itu, mahkamah juga memberi kebenaran kepada Haji Wan Ahamad untuk membaca pandangan Penasihat Undang-undang Negeri Terengganu sekiranya berlaku undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri.

Wan Ahamad memberitahu mahkamah bahawa Penasihat Undang-undang menyatakan, pilihan pertamanya ialah Menteri Besar meletak jawatan secara sukarela dan Sultan akan melantik mana-mana ahli dewan atau pilihan kedua, meminta perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan dewan.

Dalam prosiding mahkamah seterusnya, pihak pendakwa mengeluarkan laporan rekod forensik bahagian jenayah IT tentang catatan sms masuk dan sms keluar yang direkodkan oleh syarikat berkaitan perkhidmatan telefon milik Haji Wan Ahmad dan didapati tidak ada sms keluar mengenai kata-kata ugutan itu dan diperakui oleh Haji Wan Ahamad di depan hakim.

Mahkamah kemudiannya diberitahu pada 13 April 2009 hanya terdapat sms masuk pada telefon milik Haji Wan Ahamad dengan catatan ayat “sape ni..” pada 13 April 2009 dan diikuti kemudiannya sms keluar tercatat ayat “sory, wrong number”.

Pada perbicaraan sebelah petang 27 April 2010 Wan Ahamad yang dipanggil sebagai saksi memberitahu mahkamah bahawa telefon bimbitnya tidak pernah hilang dan sentiasa dalam jagaan sebelum polis mengambilnya.

Satu perkara menarik pada perbicaraan lalu, blog ‘Jarang Anak Melayu’ milik Abdul Mubin Ismail dirujuk oleh Peguambela.

Menurut www.teganukini.blogspot.com, pada perbicaraan 26 dan 27 April 2010 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu itu , Peguambela mengemukan soalan kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu (Pengurusan), Wan Ahamad sama ada beliau dihantar atau tidak oleh Menteri Besar untuk berunding dengan wakil rakyat PAS untuk tidak menyokong undi tidak percaya di Sidang Dewan Undangan Negeri.

Soalan ini merupakan soalan yang dirujuk oleh Peguambela terhadap entri dalam blog milik Abdul Mubin bin Ismail seorang Guru di Sekolah Menengah Bukit Tunggal Kuala Terengganu. Beliau tinggal di 317 Lorong Batu Putih, Gong Kapas 21200 Kuala Terengganu.

Pada hari pertama menjadi saksi, Wan Ahamad telah membekalkan kepada mahkamah dua jilid nota terdiri daripada keratan akhbar berkait dengan tuduhan wakil-wakil rakyat yang tidak hadir sidang DUN pada sessi pagi 4 April 2009 akibat tiga daripada mereka dikatakan menerima sms ugutan bunuh yang dituduh oleh oleh pihak Pendakwa dihantar oleh En. Ahmad Ramzi bin Zubir, Setiausaha Politik kepada bekas MB Terengganu Datuk Seri Idris bin Jusoh.

Di era Idris, menjadi Menteri Besar, Abdul Mubin ditempatkan sebagai Pegawai Khas kepada exco kerajaan Negeri, Datuk Din bin Adam. Penempatan ini merupakan penempatan “luar biasa” kerana gaji beliau terus dibayar oleh sekolah tempat beliau mengajar dan kekosongan jawatan akibat ketiadaan beliau tidak boleh diisi oleh guru lain. Keluar biasaan ini berlaku kerana hubungan akrab Din dengan Menteri Pelajaran yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika itu.

Dalam blog berkenaan, Mubin menulis …….. “ PANAS... baru sebentar tadi, saya menerima SMS dan panggilan telefon daripada sumber yang 70% boleh dipercayai. SMS yang baru diterima berbunyi :

YB2 BN dijangka akan meneruskan hasrat untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap MB semasa sidang DUN esok. Mereka dikatakan telah mendapat restu daripada istana(Istana Mana ? ), hanya menunggu lampu hijau daripada Presiden parti. Difahamkan MB telah menghantar SUSK beliau (Menteri Besar 2 @ budak tingkat 16) untuk berunding dengan Harun Taib (Ketua Whip PAS - Manir) dan Tg Hassan (PAS Ladang) bagi mendapatkan sokongan YB2 PAS (telah dinafikan oleh Wan Ahmad kepada Mahkamah pada 27 April 2010)

Perkembangan atau tindakan lanjutan hanya menunggu lampu hijau daripada PM @ Presiden parti. Sama-samalah kita tunggu apakah berita ini akan menjadi kenyataan atau sebaliknya esok. Perkembangan selanjutnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.”

Walau bagaimana pun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wan Ahamad telah menafikannya kepada Mahkamah dan menyatakan bahawa perkara ini merupakan satu fitnah terhadap beliau.

Pihak Pendakwa selepas itu mengemukakan soalan kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wan Ahamad adakah beliau mengtahui bahawa SMS telah ditaburkan kepada pemimpin UMNO empat peringkat/sayap di Bahagian Kemaman agar membawa anak buah masing-masing datang beramai-ramai ke sidang DUN pagi ini (bagi ‘menyelamatkan’ MB kesayangan mereka itu). Wan Ahamad menjawab “ tidak tahu”.

Dalam blog yang dirujuk oleh Peguambela, Mubin dalam posting bertarikh 14 April 2009 jam 6.30 pagi berkata :-

“ YANG TERKINI & HANGAT : UNDI TIDAK PERCAYA, YANG HADIR & YANG TAK HADIR SIDANG

Mungkinkah usul undi tidak percaya terhadap MB Terengganu menjadi kenyataan pagi ini? Atau segalanya itu hanya gimik politik, ketakutan MB and the geng dengan bayang-bayang sendiri atau ada muslihat lain terhadap semua itu?

Yang mungkin pasti berlaku pagi ini pada sidang DUN ialah :

(1) Semua ADUN BN (tidak termasuk Exco?) mungkin tidak menghadiri sidang DUN pagi ini (takut? boikot? sengaja?) dengan alasan keselamatan lanjutan daripada tiga ADUN BN yang telah menerima SMS ugutan bunuh malam semalam (sebenarnya pihak Pendakwa menuduh En. Ahmad Ramzi yang melakukannya ! )

(2) Semua ADUN BN juga dikatakan bimbang dengan keselamatan mereka, kerana rombongan besar-besaran ahli-ahli UMNO Bahagian Kemaman yang diarahkan menghadiri sidang sebagai tanda sokongan kepada Mat Said kerana telah disogokkan dengan kononnya ADUN BN akan mengusulkan undi tidak percaya kepada MB mereka itu. Kumpulan besar ini (sama ada namanya fan club, kumpulan sorak atau apa namanya sekali pun) mungkin akan mengganggu atau bertindak sehingga ‘mengugut’ ADUN-ADUN BN yang dikatakan akan menggugat bos mereka dalam sidang DUN pagi ini.

Sehingga lewat malam semalam, difahamkan SMS telah ditaburkan kepada pemimpin UMNO empat peringkat/sayap di Bahagian Kemaman agar membawa anak buah masing-masing datang beramai-ramai ke sidang DUN pagi ini bagi ‘menyelamatkan’ MB kesayangan mereka itu.

(3) Semua ADUN BN juga dikatakan tidak bersetuju dengan cadangan MB/DUN untuk melantik mak cik Ketua Wanita UMNO Bahagian Dungun sebagai Senator mewakili DUN Terengganu bagi mengisi kerusi senator yang telah dikosongkan oleh Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh Januari lalu. Kerana itu mereka enggan ‘bersubahat’ dengan mengundi memberi sokongan kepada cadangan perlantikan itu. Menyokong atau bersubahat dengan perlantikan mak cik itu, bagi mereka bermakna mereka menyerlahkan kebengongan sebagai ADUN kerana turut menyumbang saham kecetekan akal lantaran mengiyakan perlantikan seorang senator yang taraf kelayakan, kemampuan dan kebolehannya berada jauh di bawah par piawaian ISO.

Kalau semua yang dinyatakan ini benar, sama-samalah kita lihat siapa yang hadir dan siapa yang tidak hadir pagi ini.

Satu persoalan yang ditanya oleh seorang kawan malam tadi : “pemerhati ramai-ramai yang akan hadir tu (rombongan UMNO Bahagian Kemaman) boleh mengundi menolak usul undi tidak percaya ke?”

Nota : Berasaskan kepada petikan dalam blok diatas, adakah anda merasakan bahawa Mubin terlibat dengan perancangan sms ugutan dan undi tidak percaya ini ?????

YANG TERKINI & PANAS : UNDI TAK PERCAYA & UGUTAN BUNUH

YB Halim (berbaju kuning) dan YB Zakaria menunjukkan repot polis yang telah dibuat mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu awal pagi ini

Kira-kira pukul 1.00 pagi tadi, sekumpulan wartawan pelbagai media berkejar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kerana dijemput untuk membuat liputan dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang membuat laporan polis terhadap satu SMS berbau ugutan bunuh yang diterima mereka.

Sehingga kini tidak diketahui jumlah sebenar ADUN yang menerima SMS berkenaan. Bagaimanapun para wartawan dimaklumkan, sehingga pukul 1.00 pagi ini, hanya tiga ADUN telah menerima SMS dengan ugutan yang sama daripada nombor telefon pengirim yang sama. Dua daripadanya - YB Zakaria @ Mohd Ariffin (BN Paka) dan YB Halim (BN Permaisuri) telah membuat laporan polis di Kuala Terengganu, manakala seorang lagi ADUN, YB Dato’ Rosol (BN Ajil) membuat laporan polis di Balai Polis Ajil, Hulu Terengganu.

Berikut adalah kenyataan laporan polis yang telah dibuat oleh YB Zakaria :

PADA 13.4.2009 JAM 11.21 MALAM, SEMASA SAYA BERADA DI DALAM BILIK NO 906 HOTEL FELDA RESIDENT, JALAN BALIK BUKIT K/TERENGGANU SAYA TELAH MENERIMA SATU SMS UGUTAN YANG DITUJUKAN KE TELEFON SAYA YANG BERNOMBOR 019-9186181 DARIPADA NOMBOR TELEFON +60199158369 DIPERCAYAI MILIK SETIAUSAHA SULIT KANAN KEPADA MENTERI BESAR TERENGGANU YANG BERNAMA HAJI WAN AHAMAD BIN WAN MUDA YANG BERBUNYI “BAIK JANGAN TERUSKAN NIAT YB. YB TAK SAYANG NYAWA?” SAYA MERASA AMAT TAKUT DENGAN UGUTAN TERSEBUT YANG MENGANCAM NYAWA SAYA, MAKA SAYA DATANG KE BALAI BUAT REPOT. SEKIAN REPOT SAYA.

segalanya gara-gara nak terkencing dan terberak kerana kononnya akan ada usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu yang bakal dibuat oleh ADUN-ADUN BN dalam sidang DUN Terengganu yang dijadual menyambung persidangannya mulai pukul 9.30 pagi ini.

Begitulah dunia politik masa kini yang serba canggih sehingga menenggelamkan kewarasan dan kecerdikan sendiri.

DISEDIAKAN OLEH ABDUL MUBIN ISMAIL @ 5:15 AM

YANG TERKINI & HANGAT : UNDI TIDAK PERCAYA, YANG HADIR & YANG TAK HADIR SIDANG

Mungkinkah usul undi tidak percaya terhadap MB Terengganu menjadi kenyataan pagi ini? Atau segalanya itu hanya gimik politik, ketakutan MB and the geng dengan bayang-bayang sendiri atau ada muslihat lain terhadap semua itu?

Yang mungkin pasti berlaku pagi ini pada sidang DUN ialah :

(1) Semua ADUN BN (tidak termasuk Exco?) mungkin tidak menghadiri sidang DUN pagi ini (takut? boikot? sengaja?) dengan alasan keselamatan lanjutan daripada tiga ADUN BN yang telah menerima SMS ugutan bunuh malam semalam (Pendakwa menuduh En. Ahmad Ramzi menghantarnya)

(2) Semua ADUN BN juga dikatakan bimbang dengan keselamatan mereka, kerana rombongan besar-besaran ahli-ahli UMNO Bahagian Kemaman yang diarahkan menghadiri sidang sebagai tanda sokongan kepada Mat Said kerana telah disogokkan dengan kononnya ADUN BN akan mengusulkan undi tidak percaya kepada MB mereka itu. Kumpulan besar ini (sama ada namanya fan club, kumpulan sorak atau apa namanya sekali pun) mungkin akan mengganggu atau bertindak sehingga ‘mengugut’ ADUN-ADUN BN yang dikatakan akan menggugat bos mereka dalam sidang DUN pagi ini.

Sehingga lewat malam semalam, difahamkan SMS telah ditaburkan kepada pemimpin UMNO empat peringkat/sayap di Bahagian Kemaman agar membawa anak buah masing-masing datang beramai-ramai ke sidang DUN pagi ini bagi ‘menyelamatkan’ MB kesayangan mereka itu.

(3) Semua ADUN BN juga dikatakan tidak bersetuju dengan cadangan MB/DUN untuk melantik mak cik Ketua Wanita UMNO Bahagian Dungun sebagai Senator mewakili DUN Terengganu bagi mengisi kerusi senator yang telah dikosongkan oleh Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh Januari lalu. Kerana itu mereka enggan ‘bersubahat’ dengan mengundi memberi sokongan kepada cadangan perlantikan itu. Menyokong atau bersubahat dengan perlantikan mak cik itu, bagi mereka bermakna mereka menyerlahkan kebengongan sebagai ADUN kerana turut menyumbang saham kecetekan akal lantaran mengiyakan perlantikan seorang senator yang taraf kelayakan, kemampuan dan kebolehannya berada jauh di bawah par piawaian ISO.(suatu penghinaan kepada Ketua Wanita yang dipilih secara sah oleh oleh perwakilan menurut perundangan UMNO)

Kalau semua yang dinyatakan ini benar, sama-samalah kita lihat siapa yang hadir dan siapa yang tidak hadir pagi ini.

Satu persoalan yang ditanya oleh seorang kawan malam tadi : “pemerhati ramai-ramai yang akan hadir tu (rombongan UMNO Bahagian Kemaman) boleh mengundi menolak usul undi tidak percaya ke?”(suatu rekaan untuk mensensasikan dan menyedapkan cerita, perkara ini dibangkitkan oleh Peguambela di Mahkamah setelah merujuk kepada salinan berita daripada blog ini yang dibekalkan oleh Wan Ahamad kepada Mahkamah)

DISEDIAKAN OLEH ABDUL MUBIN ISMAIL @ 6:23 AM

Seterusnya Setelah semua ADUN yang boikot Sidang Dewan pada sessi pagi masuk semula Sidang pada sessi petang, dalam posting nya pada pada Selasa, April 14, 2009 @ 2:29 PM ,

Mubin berkata :-

“YANG HURU & YANG HARA"

Tiada apa yang luar biasa berlaku di Dewan Undangan Negeri Terengganu pada hari kedua sidang. Segala-galanya hanyalah secara kebetulan tanpa diduga. Mungkin yang dirancang berbeza dengan apa yang berlaku. Yang berlaku adalah gambaran betapa huru dan haranya pentadbiran Mat Said sebagai MB dan huru-haranya 'budak tingkat 16' yang tersilap percaturan.

Seperti posting saya terdahulu, tiada siapa yang menyangka tindakan menghantar SMS oleh budak tingkat 16 kepada tiga ADUN BN (sebenarnya pihak Pendakwa menuduh En. Ahmad Ramzi yang melakukannya ! ) seolah-olah menjadi skrip lengkap yang menambahkan lagi derita dan kegelisahan Mat Said and the geng. Segala itu bukan skrip asal yang tersurat tetapi merupakan bonus ke arah memperkuatkan sebab musabab dan jelasnya 'kesalahan' dan kelemahan Mat Said. Justeru makanya tindakan budak tingkat 16 berkenaan (sebenarnya pihak Pendakwa menuduh En. Ahmad Ramzi yang melakukannya !) telah dengan sendirinya menjadi manifestasi kepada kegelojohan serta takutnya hilang kuasa seorang MB.

Sambil kita mengenepikan sebab musabab yang menjadi kebetulan itu, soal usul undi tidak percaya atau apa saja tindakan yang dibuat oleh 10 ADUN BN hari ini bukan lagi menjadi isu. Yang jelas isunya, Mat Said sudah tidak disukai oleh majoriti ADUN BN sendiri. Dan apabila tindakan dengan kegelojohan dan kebodohsombongan budak tingkat 16 itu (sebenarnya pihak Pendakwa menuduh En. Ahmad Ramzi yang melakukannya !) dijelmakan dengan cara yang maha aib dan jijik sebegitu, sudah pasti 'besarnya kemaluan' seorang pegawai kanan kerajaan dan seorang MB menjadi semakin sukar disembunyikan kebogelannya.

10 atau 13 ADUN BN sudah mempunyai alasan kukuh untuk tidak menghadiri siding (kerana mereka belum mengtahui sebenarnya pihak Pendakwa menuduh En. Ahmad Ramzi yang melakukannya !) . Jaminan keselamatan adalah faktor terpenting yang perlu diselesaikan pihak bertanggungjawab. Nyawa bagi seorang ADUN/wakil rakyat amat mahal harganya. Bukan menafikan ajal dan maut di tangan Tuhan, tetapi hakikatnya perlu diperkirakan.

Seperti yang berlaku di Kuala Terengganu mahupun di Bukit Gantang, kematian seorang wakil rakyat memerlukan ratusan malahan mungkin ribuan juta ringgit untuk menggantikannya, berbeza dengan kematian seorang pegawai kerajaan atau orang awam biasa yang tidak memerlukan belanja yang besar tujuan mengurus satu PRK. Kerana itu, pendirian ADUN BN bukanlah pendirian yang sengaja direka-reka. (ADUN berkenaan berkata kepada Mahkamah, sekiranya beliau tahu sms ini dihantar oleh En. Ahmad Ramzi , mereka anggap ini suatu gurauan sahaja !!!!) Mereka memerlukan satu tahap keselamatan yang benar-benar terjamin, untuk mereka menghadirkan diri ke sidang.

Difahamkan tengah hari tadi, Dato' Rosol Wahid (BN Ajil) (tidak menerima sms daripada Wan Ahmad tetapi daripada computer yang dituduh oleh pendakwa dihantar oleh En. Ahmad Ramzi bin Zubir !) yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan DUN Terengganu telah menghubungi Ketua Polis Negeri Terengganu bagi mendapatkan jaminan keselamatan para ADUN BN agar mereka selamat dan selesa ke dewan sidang. (sebenarnya Mubin berkata dalam posting ini “Tiada apa yang luar biasa berlaku di Dewan Undangan Negeri Terengganu pada hari kedua sidang”) Khabarnya KP hanya menyakinkan secara verbal bahawa tahap keselamatan mereka terjamin tetapi dalam masa yang sama menafikan bentuk bantuan atau iringan (kerana pada hakikat sebenarnya negeri Terengganu adalah selamat !) keselamatan yang sewajarnya dalam erti kata bagi menjamin keselamatan.

Apa sebenarnya makna keselamatan terjamin yang diyakinkan oleh KP itu? Sedang pada masa yang sama, ADUN BN dan rakyat sendiri tidak pernah tahu di mana KP (apakah ini suatu penghinaan terhadap KP ?) itu berada dan kalau beliau berjalan di jalan raya pun, apakah beliau yakin yang dirinya atau rakyat bebas daripada bahaya sebagaimana ugutan? (sebenarnya pihak Pendakwa menuduh En. Ahmad Ramzi dan bukan Wan Ahamad yang melakukannya . Adun berkenaan pula memberitahu Mahkamah bahawa mereka akan menanggap suatu gurauan sahaja sekiranya tahu En. Ahmad Ramzi yang menghantar sms berkenaan !)

Kerana itu saya kira, tindakan yang diambil oleh ADUN BN setelah mengadakan perbincangan pasca-nasihat KP Terengganu untuk terus tidak menghadiri sidang pada sebelah petang dan kemungkinan besar untuk sidang hari akhir pagi esok (sekiranya tiada bentuk meyakinkan keselamatan) merupakan tindakan yang tepat untuk jaminan keselamatan dan pembaziran.

Sekali lagi isunya bukan tidak hadir atau sebab musabab ugutan bunuh itu. Isu yang jelas menebalkan muka Mat Said and the geng adalah sudah menjadi realiti tiadanya Deris, Rosol and the geng sdn bhd dalam sidang kali ini dan ini menjadi isyarat jelas kepada pucuk pimpinan UMNO, waima pihak istana sekali pun, betapa jelas dan terbukti bahawa tahap penerimaan dan rasa hormat sesama mereka dalam BN, sudah semakin kabur dan berbalam.

Harap-harapnya hari ini atau paling tidak pun pagi esok, akan ada kejutan baru yang berlaku. Sama ada terhadap budak tingkat 16 (sebenarnya pihak Pendakwa menuduh En. Ahmad Ramzi yang melakukannya !) atau Mat Said atau 13 ADUN BN yang menderhaka itu. Kejutan itu diharap juga boleh menjadi penawar kepada kehuruharaan yang sedang menjadi mimpi ngeri pihak-pihak yang berkaitan. “

Rabu, April 15, 2009

YANG KENA KECEK @ YANG TEKUP BATU @ YANG HANGAT-HANGAT TAHI AYAM

Isu 10 ADUN BN Terengganu memboikot @ tidak hadir @ ponteng sidang dewan menjadi isu yang sudah tidak sensasi lagi. Isu SMS ugutan juga sudah tidak menjadi isu yang menakutkan dan tidak juga menjadi isu besar apabila hanya dengan ‘jaminan kenyataan’ PM yang mengatakan kesahihan SMS itu masih diragukan.

Sebab itu dalam posting terdahulu saya pernah sebutkan bahawa segalanya itu bukan isu yang perlu dijadikan keutamaan. Yang penting dan isunya sekarang, apakah manifestasi ketidaksenangan ADUN BN terhadap MB Mat Said itu sampai atau tidak?

Ramai yang mengatakan 10 ADUN BN berkenaan hanya hangat-hangat tahi ayam. Soalnya sejauh mana perancangan mereka sehingga mereka tersekat di situ sahaja sehingga adanya tuduhan bahawa mereka hanya hangat-hangat tahi ayam. Kalau mereka mempunyai perancangan bagi memalukan MB dan menjelaskan ketidaksukaan mereka kepada MB Mat Said atas banyak sebab, maka tindakan mereka itu sebenarnya sudah berjaya.

Bagaimanapun, kalau perancangan dan ketidaksengajaan insiden SMS itu kerana ada agenda tersembunyi yang benar-benar inginkan kedudukan MB Mat Said dinilai semula oleh pemimpin tertinggi mahupun istana, maka benarlah tuduhan banyak orang bahawa tindakan mereka hanya hangat-hangat tahi ayam. Malah boleh dikatakan bahawa tindakan mereka menjelaskan lagi kekecutan telur semata-mata ada kepentingan sehingga mereka terpaksa menekup batu.

Insiden ADUN BN Terengganu ‘dikecek’ (dalam bahasa yang lebih sopan - ditipu?) dengan janji-janji dan jaminan yang muluk-muluk bukan pertama kali berlaku. Malahan sebelum ini pun, menurut kenyataan dan butir percakapan orang yang terlibat sendiri (khasnya Dato’ Rosol), mereka bolehlah dikatakan telah ‘dikecek atas darat kering’ oleh PM Pak Lah. Walaupun Rosol tidak mengatakan sedemikian, tetapi hakikat dengan apa yang berlaku begitulah.

Kalau kita imbaskan kembali insiden kemelut perlantikan MB Terengganu Mac 2008 lalu, Rosol menyatakan bahawa tindakan mereka mempertahankan Deris Jusoh untuk dilantik semula sebagai MB adalah atas arahan Pak Lah, bukan kerana tidak bersetuju dengan pihak istana yang memilih Mat Said sebagai MB. Tetapi agak malang, akhirnya Pak Lah sendiri yang mengalah dan mengarahkan semula ADUN-ADUN BN menerima Mat Said. Mereka dikambinghitamkan dan menjadi mangsa. Fobianya berpanjangan, kesan sampingan amat dirasai, tambahan bukan mudah pula mereka terpaksa berkerja keras mempertahankan maruah menutup kemaluan yang terlodeh amat itu.

sekarang, apakah jaminan mulut berdasarkan kenyatan PM Najib sekali lagi akan mengulangi kena keceknya ADUN-ADUN BN ini? Apakah Najib juga akan menuruti langkah Pak Lah dengan mengecek ADUN BN untuk ke sekian kalinya?

Persoalan ini nampak agak ganjil dan seolah-olah ada sesuatu yang tersirat di sebalik ‘insiden yang tidak dirancang’ itu. Wallahuaklam. Cuma yang maha tahu perihal perkara ini adalah DS Najib dan ADUN-ADUN BN itu sendiri. Orang lain hanya mampu membuat andaian dan ramalan sahaja.

Sidang Dewan hari ini tidak berhenti rehat dan diteruskan sehingga tamat kerana petang ini Mat Said diminta memberi penjelasan kepada TPM sebelum dimohon mengadap Tuanku Agong. Itu bukan kejutan dan itu bukan perkara utama yang ingin sangat kita lihat dan dengar.

Yang ingin kita lihat, bagaimana wajah Mat Said selepas pertemuan itu dan yang ingin kita dengar "Mat Said masih dipercayai dan mendapat sokongan majoriti ADUN (terutama ADUN BN) untuk beliau meneruskan tugas sebagai MB".

Sementara adegan yang tidak ingin kita dengar dan lihat ialah ADUN BN ini sekali lagi kena tipu (kecek) dan apa saja tindakan mereka adalah kerana mengikut telunjuk orang-orang tertentu tanpa memikirkan selepasnya dan akhirnya akan ada yang berkata “nak buat sangat, tapi tekup batu belaka”.

DISEDIAKAN OLEH ABDUL MUBIN ISMAIL @ 5:47 PM

Jumaat, April 17, 2009

YANG TERKINI : SENSASILAH PULAK

Awal pagi tadi seorang wakil rakyat (MP) BN (bukan MP Terengganu tapi MP senegeri dengan PM) menghubungi saya. Walaupun MP berkenaan kawan lama saya, sebelumnya beliau tidaklah biasa menghubungi saya sebegitu awal. Kekangan masa dan kesibukan beliau sebagai YB, saya amat sedari. Sangkaan saya ada kes-kes kecemasan atau berita kurang baik yang ingin disampaikan.

Diringkaskan cerita (kami berbual menerusi telefon hampir setengah jam), kesimpulan dari cakap-cakap saya dengan beliau ialah YB kawan saya ini telah dihubungi oleh orang-orang tertentu untuk mendapatkan pandangan SIAPA YANG SELAYAKNYA MENJADI MB TERENGGANU, sekiranya Mat Said ingin ditukarkan? (En. Alias ? En. Rosol atau En. Din ? )

Apa sudah jadi?

Kenapa persoalan sedemikian yang menjadi topik perbincangan kami?

Ada apa-apa yang sensasi?

DISEDIAKAN OLEH ABDUL MUBIN ISMAIL @ 3:52 PM

YANG DILAPORKAN (1) (oleh En. Alias bin Abdullah)

LAPORAN PENUH ISU UGUTAN BUNUH MELALUI SMS TERHADAP ADUN-ADUN BARISAN NASIONAL TERENGGANU.

KRONOLOGI PERISTIWA :

Pada 11hb April 2009, YAB Dato’ Ahmad b. Said, Menteri Besar, membuat kenyataan dalam Sinar Harian dan di nota kaki TV 1, dengan secara prejudis mendakwa kononnya ADA USAHA DARIPADA ADUN-ADUN BN MEMBUAT PAKATAN UNTUK MENGEMUKAKAN USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP MENTERI BESAR di dalam sidang dewan kali ini dan beliau ‘memberi amaran akan mengambil tindakan disiplin serta dipecat daripada ADUN’. (Nota Kaki TV 1 jam 5.30 petang 11 April berbunyi : ”MB Terengganu Dato’ Ahmad Said : Anggota Dewan Undangan Negeri BN yang bawa usul tidak percaya kepada beliau bakal diambil tindakan disiplin dan dipecat”). (Maksud sebenar Ahmad ialah mencadangkan kepada MPPR nagi memecat exco, dan mencadangkan kepada PM bagi mengambil tindakan disiplin terhadap ADUN, tetapi telah kenyataan MB telah disensasikan)

Pada 12hb April 2009, YB Dato’ Rosol Wahid, selaku Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan menafikan laporan tersebut di dalam akhbar Sinar Harian dan menganggap bahawa Menteri Besar membuat dakwaan liar dan tidak berasas kerana takut kepada bayang-bayang sendiri.

3. a) Pada 13hb April 2009 lebih kurang pukul 11.25 mlm YB Dato Rosol bin Wahid ADUN Ajil telah menerima sms ugutan bunuh dari telefon bernombor +31234567890 yang berbunyi “baik jgn teruskn niat YB, YB tak sayang nyawa?” (Laporan Polis K. Berang 647/09). (nombor ini diakui sebagai nombor daripada komputer yang dituduh oleh pihak Pendakwa dihantar oleh En. Ahmad Ramzi daripada rumahnya ! )

b) Pada tarikh yang sama lebih kurang pukul 11.21 malam, YB Abd Halim bin Jusoh ADUN Permaisuri telah menerima sms ugutan yang sama kandungan daripada telefon bimbit bernombor 0199158369 yang dipercayai milik Wan Ahmad bin Wan Muda, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Terengganu. (Laporan Polis K.Terengganu No.003286/09). (nombor ini diakui sebagai nombor yang dihantar daripada komputer yang dituduh oleh pihak Pendakwa dihantar oleh En. Ahmad Ramzi daripada rumahnya ! )

c) Pada tarikh yang sama lebih kurang pukul 11.21malam, YB Zakaria @ Ariffin bin Abdullah ADUN Paka juga telah menerima sms yang sama kandungannya daripada telefon bimbit bernombor 0199158369. (Laporan Polis K.Terengganu 003285/09). (nombor ini diakui sebagai nombor yang dihantar daripada komputer yang dituduh oleh pihak Pendakwa dihantar oleh En. Ahmad Ramzi daripada rumahnya ! )

4. Akibat daripada SMS ugutan bunuh tersebut, (yang dituduh oleh Pendakwa En. Ahmad Ramzi yang menghantarnya) telah menimbulkan ketakutan bukan sahaja kepada ADUN-ADUN yang menerima ugutan tersebut sahaja malah ia menimbulkan ketakutan kepada ADUN-ADUN BN yang lain terutama ADUN penyokong Kerajaan tentang ancaman keselamatan nyawa mereka. Apatah lagi pada sebelah petang hari tersebut 13hb April 2009, difahamkan bahawa pejabat MB telah menghantar sms kerahan kepada orang-orang Kemaman supaya hadir ke Dewan Undangan Negeri pada 14 dan 15 April 2009 untuk memberi sokongan kepada Menteri Besar, Ahmad Said.

5. Hasil penemuan awal yang dibuat, terhadap carian nombor telefon bimbit 0199158369 didapati didaftarkan atas nama Hj W Ahmad SUSK MB, manakala nombor +31234567890 masih belum dapat dikenal pasti. ( Pihak Pendakwa menuduh En. Ahmad Ramzi yang menghantarnya )

6. Pada 14 April 2009 lebih kurang jam 9.00 pagi, bertempat di Hotel Felda Residence, Kuala Terngganu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, YB Dato’ Rosol Wahid bersama-sama 9 lagi ADUN Kelab Penyokong Kerajaan telah berbincang keseriusan ancaman bunuh tersebut dan memutuskan untuk tidak menghadiri sidang Dewan Negeri pada hari ini sehingga mendapat jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa. Apatah lagi pihak ADUN Kelab Penyokong Kerajaan difahamkan bahawa suspek masih lagi berkeliaran bebas dan kehadiran orang ramai di Dewan Undangan Negeri pada hari ini agak luarbiasa.(suspek sebenar ialah En. Ahmad Ramzi mantan Setiausaha Politik kepada mantan MB En. Idris bin Jusoh yang telah dituduh oleh Pendakwa di Mahkamah)

KESIMPULAN

Kekalutan yang berlaku adalah berpunca daripada dakwaan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh Menteri Besar Terengganu melalui akhbar Sinar Harian bertarikh 11 April 2009 yang antara lain mendakwa kononnya wujud pakatan antara ADUN Barisan Nasional untuk mengemukakan USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP MENTERI BESAR YAB DATO’ AHMAD B. SAID di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini.

Walaupun penafian tentang dakwaan tersebut dibuat oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, YB Dato’ Rosol Wahid dibuat, Menteri Besar masih mempercayai usaha tersebut masih ada dan akan dibuat di Dewan Undangan Negeri.

Ekoran daripada ugutan yang dibuat oleh YAB Dato’ Ahmad b. Said pada 8 April 2009 jam 9.30 malam di Kediaman Menteri Besar kepada ADUN yang hadir semasa pre-council, YAB Dato’ Ahmad b. Said terus membuat kenyataan berupa ugutan melalui kenyataan media pada 11 April 2009. Kemuncak siri ugutan tersebut adalah UGUTAN BUNUH melalui sms yang dipercayai daripada telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Wan Ahmad Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar.(sebenarnya dihantar oleh En. Ahmad Ramzi bukan Wan Ahmad sebagaimana dakwaan di Mahkamah) Ugutan bunuh tersebut merupakan suatu ancaman yang amat serius, ancaman keselamatan dan menimbulkan kebimbangan kepada ADUN-ADUN.

Ketidakhadiran ADUN-ADUN ke Dewan Undangan Negeri pada hari ini adalah atas faktor keselamatan, ANCAMAN KE ATAS NYAWA MEREKA (UGUTAN BUNUH) dan tiada kaitan sama-sekali dengan dakwaan ‘boikot’ atau cubaan untuk menjatuhkan Menteri Besar Ahmad Said, yang dibuat oleh pihak yang berkepentingan dan tidak bertanggungjawab. Walau bagaimanapun ADUN-ADUN berkenaan memberi akujanji untuk menghadiri sidang dewan sekiranya keselamatan mereka terjamin dan pihak yang bertanggungjawab membuat ugutan bunuh tersebut dibawa ke muka pengadilan.(sebenarnya mereka telah dipaksa hadir sidang DUN sessi petang 14 April 2009 oleh PM. Tidak timbul pun soal keselamatan kerana memang bumi Darul Iman sentiasa selamat. Tiada kelihatan pasukan keselamatan membuat kawalan terhada Wisma Darul Iman dimana DUN ditempatkan !)

Sekian terimakasih.

Disediakan oleh YB Alias b. Abdullah

Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu

Bertarikh pada:14 April 2009.

DISEDIAKAN OLEH ABDUL MUBIN ISMAIL @ 11:20 AM

Nota : En Alias Abdullah merupakan sumber rujukan kepada semua ADUN yang terlibat, segala tindakan yang berbentuk perundangan dibuat oleh ADUN berkenaan setelah consult En. Alias.

No comments:

Post a Comment